Seorang Ayah Beri ‘Green Light’ Pada Anaknya Kalau Nak Bergasak Di Sekolah. Ini Sebab Kenapa…

GEJALA bu li di sekolah bukanlah isu baharu, malah ia tidak pernah selesai dari dahulu hingga kini.

Enggan membiarkan perkara tersebut terus berlaku, seorang bapa memuat naik kisah anaknya yang menjadi mangsa bu li di Twitter sehingga tular dan menarik perhatian ramai.

Menerusi tweet itu, Jarr Nadjmuddean, 37, memuat naik paparan skrin perbualan WhatsApp antara dia dan anaknya, Adam yang berusia 14 tahun.

Walaupun tweet yang ditulisnya kedengaran agak kasar dan agresif kerana mengajar dan memberi ‘lampu hijau’ kepada anaknya untuk melawan kembali pembuli, namun perbualan WhatsApp antara mereka berdua nampak ‘sweet’ (manis).

Jarr Nadjmuddean

Jarr, sewaktu dihubungi mStar Online pada Khamis berkata, dia mempunyai alasan sendiri membuat pesanan sedemikian, tetapi tidak berniat untuk mengajar anaknya bertindak ganas di sekolah.

“Bukannya saya suruh dia bertindak membuta-tuli. Kalau cikgu sudah ambil tindakan tetapi masih diganggu, anak saya perlulah pertahankan diri dia.

“Pembuli tak berani kalau kita lawan balik, tapi ada sesetengah kes, bila kita lawan, jadi makin teruk.

“Pada saya ia bukanlah serius sangat tetapi jika tak diambil tindakan, bimbang akan berlarutan,” kata Jarr.

Bercerita mengenai kes bu li melibatkan anaknya, Jarr mendedahkan kes tersebut berlaku sewaktu hari latihan rumah sukan pada minggu lalu.

Sekadar suka-suka berkongsi mengenai kisah itu di Twitter, dia bagaimanapun sama sekali tidak menyangka ia akan tular dan menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet).

“Sewaktu latihan bola sepak, Adam ‘dribble’ pelajar tingkatan dua itu beberapa kali. Lepas tu terus dia datang siku muka Adam.

“Cikgu nampak, panggil dia ke bilik disiplin. Lepas tu dia tak puas hati dan pesan dekat Adam nak ‘repeat’ balik habis sekolah.

“Tu pasal saya pesan dekat Adam suruh lawan balik kalau dia sentuh. Tapi syukurlah tidak berlarutan dan tiada apa-apa kejadian buruk selepas itu,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Jarr berkata dia melayan Adam seperti seorang rakan bagi membolehkan anaknya berasa selesa untuk bercerita mengenai apa sahaja.

“Sesetengah budak mungkin tak mengadu. Adam pula dia akan cerita, so kita tahu macam mana nak handle.

“Bukan nak cakap saya pandai jaga anak, tapi komunikasi itu penting. Ada sesetengah bapa yang garang, anak nak cerita pun takut.

“Kalau dipendam, boleh jadi depresi. Agak menakutkan, di usia belasan tahun hadapi tekanan sebegini,” ujarnya lagi.

Sumber Artikel : mstar online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*