Seorang Guru Dan 3 Anak Murid P0sltlf C0vld Tetapi Sekolah Masih Tidak Ditutup. Kementerian Pendidikan Buat Kenyataan Kenapa

Kementerian Pendidikan belum lagi menyatakan akan menutup sekolah-sekolah di Kulim, selepas seorang guru dan tiga murid rakan sekelas diuji positif cov-19.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan memberitahu Malaysiakini bahawa mereka perlu menunggu arahan daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

“ Untuk penutupan sekolah, itu adalah di bawah nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara,” kata pegawai itu.

Selain itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim juga berkata tiada arahan daripada Kementerian Pendidikan untuk mereka menutup sekolah setakat ini.

Menurut carta yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan semalam, terdapat empat kes baru di Kulim, Kedah yang melibatkan seorang guru dan tiga rakan sekelasnya (Kes 9,204 hingga 9,207) seorang gadis berusia 13 tahun (Kes 9,163), yang merupakan ahli keluarga kes indeks (Kes 9,113).

Kes tersebut termasuk dalam kluster Tawar yang kini mencapai generasi ketiga jangkitan. Kluster itu dikaitkan dengan upacara pengebumian yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu.

Sehingga semalam, jumlah kes dalam kluster ini meningkat menjadi 46, melepasi kluster Sivagangga dengan hanya satu kes menjadi kluster aktif kedua terbesar di negara ini.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengesanan kontak rapat untuk kluster itu masih berjalan, dengan 1,135 orang telah diuji setakat ini dan 251 ujian masih belum diketahui keputusannya di Kedah, Pulau Pinang, dan Perak.

KPM menilai kes demi kes

Pada 4 Ogos, Menteri Pendidikan Radzi Jidin memaklumkan kementerian akan menilai keperluan menutup sekolah di daerah-daerah yang terkena Covid-19 berdasarkan kes demi kes.

Beliau demikian ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang ingin mengetahui sekiranya kementerian merancang untuk menutup sekolah-sekolah di Sabah yang mencatatkan dua kes positif yang melibatkan dua murid dan juga sekolah-sekolah di Zon Merah Covid-19.

Setakat ini, Jabatan Pendidikan negeri Kedah telah menutup lima sekolah selama 28 hari mulai 2 Ogos lalu untuk mengendalikan kluster Sivagangga selepas dua pelajar sekolah rendah diuji positif.

Sumber : Malaysia KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*