‘Dah Dapat Dah’ PDRM Beritahu Seorang Kanak Kanak Yang Bawa Motor Lagi Besar Datang Balai. Ini Tindakan Yang Diambil

JITRA – Polis mengambil tlndakan terhadap seorang kanak-kanak kerana menunggang motosikal di Kampung Paya Chegar di sini selepas  video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, selain kanak-kanak terbabit, tindakan undang-undang turut dikenakan terhadap warlsnya yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

“Kanak-kanak lelaki yang berusia di bawah 10 tahun itu dikenakan tlndakan di bawah ksalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta tidak memakai topi keledar.

“Manakala waris kanak-kanak tersebut diambil tlndakan di bawah Sksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Video berdurasi kira-kira 19 saat yang tular itu memaparkan tindakan seorang kanak-kanak berhenti di satu simpang tiga sebelum ditegur pemandu kenderaan pacuan empat roda.

Sebaik meneruskan perjalanan, kanak-kanak itu turut cuba melakukan aksi mengangkat tayar depan motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya, sebelum rakaman berakhir.

Tambah Mohd. Ismail, video tersebut dipercayai dirakam kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Saya menasihatkan kalangan ibu bapa supaya memberikan perhatian terhadap anak masing-masing terutamanya dalam aspek lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan,” katanya.

Sumber : KosmoOnline /PDRMKubangPasu

KREDIT: ONLINE MALAYA

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*