Sepupu Mendedahkan Arwah Adib Telah Membeli Sesuatu Untuk Majlis Perkahwinannya. Orang Kampung Tak Sabar Rai Perkahwinan

KUALA KEDAH: Penduduk Kampung Tebengau, Kedah tak sabar menanti sambutan perkahwinan Muhammad Adib Mohd Kassim pada Sabtu, sebelum tragedi menimpa dalam keganasan di kuil Seafield, bulan lepas.

Sanak-saudara dan orang kampung sudah menerima kad undangan kenduri kahwin Adib, yang bakal menjadi raja sehari bersama gadis pilihannya, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25.

Seorang penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Jamilah, 62, berkata ramai penduduk terkejut menerima berta sedih mengenai Adib.

“Kami semua seronok apabila mendapat tahu Adib nak kahwin dan dia dengan keluarga dah rancang buat kenduri besar di Mentaloon (Alor Setar).

“Sedih betul tiba-tiba dia dah tak ada lagi,” kata Jamilah ketika ditemui di luar Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau hari ini.

Ramai penduduk kampung, yang kebanyakannya nelayan dan petani, mengiringi jenazah Adib ke tanah perkuburan masjid untuk dikebumikan.

Jamilah berkata orang kampung mengenali Adib sebagai seorang pemuda yang bersopan-santun, dan sangat ingin berkeluarga.

Adib beli kereta pengantin, orang kampung tak sabar rai perkahwinan

Sepupu Adib, Amirul Ameer Azmi memberitahu media, Adib sudah membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga.

Amirul mendedahkan Adib membeli “kereta pengantin baru”, sebuah Perodua Myvi, 2 bulan lepas.

“Kira-kira 80% daripada perancangan majlis perkahwinannya sudah siap,” katanya.

Amirul berkata, banyak kad undangan majlis perkahwinan Adib kini tersimpan di rumah keluarganya. Kad-kad itu tidak diedarkan apabila Adib dimasukkan ke hospital.

Keluarganya yang lain tidak mahu didekati pemberita.

Di tanah perkuburan, tunangnya tidak dapat menahan air mata ketika merinjis air di pusara, bersama ayah Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63. Ibunya, Asma Aziz, 50, ditenangkan saudara-mara.

Adib menghembuskan nafas terakhir pada 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, selepas dirawat di unit penjagaan intensif selama hampir 3 minggu.

summer : freemalaysiatoday

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*