Anggota P0Iis ‘Seronok’ Main Tiktok. Ini Kenyataan Dari KPN Abdul Hamid Bador

Usia belum cecah tiga tahun namun budak lelaki badan sasa dengan rambut ala Sylvester Stallone dalam filem Rambo ini sudah pandai menunjukkan pelbagai gelagat lucu dan kadangkala jelek.

Anehnya aksi-aksi tersebut bukan ditiru daripada ahli keluarganya. Selepas ‘disiasat’, rupanya gelagat itu diciplak daripada aplikasi TikTok dan YouTube.

Pegang sahaja telefon pintar, jari-jemari kecilnya ligat mencari video sama ada di TikTok mahupun YouTube digemarinya. Keasyikan tersebut membantu ibu bapanya melaksanakan kerja-kerja rumah walaupun mungkin ramai mengecam tindakan membenarkan anak belum sampai usia bermain telefon.

Begitulah kuasa media sosial yang mempengaruhi kehidupan harian bukan sahaja kanak-kanak malah golongan profesional dan segelintir kalangan warga emas.

Hakikatnya, kehidupan manusia kini dipacu oleh internet. Internet tidak boleh tidak ada. Perkhidmatan tersebut menjadi keperluan asas yang mendahului kemudahan lain.

Buktinya hotel, restoran, pusat beli-belah malahan dalam perkhidmatan awam kini dilengkapkan dengan Wi-Fi. Wi-Fi dalam bisnes ibarat ‘pelaris’.

Internet dan media sosial ada baik dan buruknya bergantung kepada penggunannya

Namun bagi permainan di aplikasi seperti TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube agak janggal jika ia disertai penjawat awam termasuk warga PoIis Diraja Malaysia (PDRM). Aplikasi-aplikasi tersebut terlalu santai dan remeh untuk dikongsi oleh penjawat awam yang diletakkan masyarakat dalam kelasnya tersendiri.

Bayangkan seorang pegawai atau anggota poIis lengkap berpakaian seragam menari-nari dimuat naik dalam TikTok. Ia sangat tidak sopan apabila aksi seperti itu dipertonton warganet.

Kelakuan tersebut juga sekali gus merendahkan martabat PDRM kerana dengan pakaian seragam tersebut, pegawai poIis berkenaan sewajarnya sedang melakukan tugas.

Justeru, arahan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya menyeru warganya berhenti memuat naik video-video berpakaian seragam di semua aplikasi media sosial adalah wajar.

Bukan sahaja warga poIis tetapi sektor kerajaan lain juga diseru mengambil langkah sama seperti diumumkan PDRM. Integriti penjawat awam harus utuh, dilihat bermoral dan serius pada setiap masa.

KENYATAAN DARI Ketua PoIis Negara Tentang Anggota Main Tiktok

Ingin ditegaskan sekali lagi di sini bahawa, adalah tidak sopan untuk mana-mana pegawai atau anggota beruniform PoIis melakukan aksi-aksi tarian atau lain-lain dalam aplikasi TikTok dan mana-mana aplikasi media sosial terkini kerana ia boleh memburukkan imej Pasukan.

Persembahan menggunakan uniform PoIis bagi tujuan persembahan pentas atau tontotan umum mestilah mendapat kelulusan pihak pengurusan PDRM terlebih dahulu dan bukan dengan tujuan peribadi. Saya akan memberi perhatian serius mengenai perkara ini.

Sumber : Utusan Online / FB Abdul Hamid Bador

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*