Sesuatu Tak Dijangka Terjadi Dikalangan Penyokong Ketika Beratur Di Bukit Jalil Untuk Beli Tiket

KUALA LUMPUR: “Saya datang dari subuh semalam hingga pagi ini dan sebatang hidung orang stadium pun tak nampak. Kalau nak tahu, garisan polis kami sendiri yang buat bukan orang stadium atau pihak berkuasa.”

Penyokong kecewa kurang seliaan FAM, stadium

Itu antara luahan penyokong Harimau Malaya, Mohd Noor Maula yang berada di Stadium Nasional, Bukit Jalil sejak semalam semata-mata untuk mendapatkan tiket final pertama Piala AFF membabitkan Malaysia dan Vietnam.

Maula, 31, yang datang dari Kelana Jaya berkata, dia begitu kecewa dengan sistem penjualan tiket yang dikelolakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak stadium apabila langsung tiadanya penghadang besi atau garisan tali bagi membolehkan penyokong beratur.

“Saya datang sejak semalam dan boleh kata saya antara orang yang terawal.

“Menjelang pagi ini keadaan sangat tak terkawal apabila ada penyokong yang baharu datang merempuh untuk memotong barisan. Jadi sistem ini tak betul dan salah.

“Patutnya orang stadium atau FAM kenalah ada di sini dan buat garisan atau penghadang. Tapi mereka tak buat. Kalau nak tahu, garisan tali ini kami sendiri yang buat sebab takut orang dari belakang potong barisan,” katanya.

Bagi seorang lagi penyokong Fazly Ab Rahman, keadaan menjadi tidak terkawal sejak tengah malam tadi apabila lampu di perkarangan stadium dipadamkan oleh pihak pengurusan.

“Asalnya keadaan terkawal. Tapi bila mereka padamkan lampu pada jam 11 malam, situasi bertukar ‘panas’ dengan ada penyokong dari belakang memotong barisan.

“Patutnya mereka jangan tutup lampu sebab yang bermalam di sini cukup ramai, malah pihak berkuasa pun boleh dikatakan langsung tak ada untuk mengawal keadaan di sini,” katanya yang berasal dari Selayang.

Penyokong Tumbang …

Image may contain: 1 person, sitting

Penyokong pengsan ketika menunggu giliran membeli tiket final Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pagi ini.

Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Lupakan Hasrat Anda Untuk Beli Tiket Final Malaysia

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini, meminta peminat bola sepak negara yang berhasrat ke Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi membeli tiket final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam, supaya melupakan hasrat mereka.

Ini kerana kata Setiausaha Agung FAM Stuart Michael Ramalingam, selepas mengambil kira barisan penyokong yang beratur sejak malam semalam di kaunter tiket A dan E di stadium itu sudah mengelilingi stadium, kesemua 40,000 tiket yang diperuntukkan hari ini akan habis dijual dalam masa singkat.

“Justeru, FAM sekali lagi berharap tiada lagi tambahan penyokong yang akan hadir ke Stadium Nasional, pagi ini kerana ia hanya akan menyebabkan anda pulang dengan rasa kecewa,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, FAM amat menghargai sokongan peminat tempatan terhadap Harimau Malaya pada aksi pertama final berkenaan namun hanya 80,000 keping tiket disediakan.

Untuk rekod, sebanyak 40,000 tiket yang dijual dalam talian pada Jumaat dan semalam, habis dalam masa singkat.

“Bagi penyokong yang sedang beratur di Stadium Nasional ketika ini, saya sedang berbincang dengan pihak polis untuk penyediaan bantuan keselamatan apabila proses penjualan tiket bermula nanti supaya tidak berlaku kekecohan atau sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Beliau memaklumkan kaunter jualan tiket yang sepatutnya dibuka 10 pagi akan diawalkan kerana FAM prihatin dengan keadaan penyokong yang sudah berbaris sejak malam tadi.

Malaysia mencatat keputusan agregat seri 2-2 menentang Thailand pada aksi separuh akhir namun mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Vietnam pula menempah tiket ke final setelah mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada satu lagi aksi separuh akhir kejohanan yang menggunakan format timbal balik itu. – HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*