Setelah Dapat Perkenan Dari Raja, Perlis Menjadi Negeri Pertama Benarkan Solat Jumaat Di Masjid Semula Tetapi Ini Syarat Syarat Penduduk Perlis Patut Tahu

Sebagai langkah permulaan untuk membolehkan ‘syiar Jumaat’ dihidupkan kembali, Perlis membenarkan sembahyang Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini.

Peraturan yang ditetapkan ialah jumlah jemaah termasuk imam/khatib tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang dari tiga orang dengan hanya pegawai masjid dan ahli jawatankuasa Masjid yang dibenarkan.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) ketika mengumumkan perkara itu dalam kenyataan, hari ini, menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Menurutnya Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua Maips bertitah kebenaran itu tidak dapat diizinkan kepada masyarakat awam disebabkan ancaman penularan wabak Covid-19 yang belum pulih sepenuhnya.

“Masjid tidak boleh dibuka kepada orang ramai sebaliknya mereka yang dibenarkan menunaikan sembahyang Jumaat ialah pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid sahaja. Jemaah perlu membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekod kehadiran di buku kedatangan.

“Mereka yang berumur 60 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir, selain mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak, selesema serta mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit barah juga tidak dibenarkan,” titah baginda, menurut kenyataan itu.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah mereka yang hadir juga perlu memakai penutup hidung dan mulut dan melaksanakan penjarakan sosial sekurang-kurangnya dua meter ketika solat.

Selain itu jemaah juga perlu berwuduk sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah sendiri, selain sembahyang diutamakan di tempat terbuka seperti di anjung masjid.

Baginda bertitah tempoh bermula azan hingga selesai sembahyang Jumaat hanya 15 minit dan kontak fizikal seperti berjabat tangan tidak dibenarkan sama ada sebelum atau selepas sembahyang dan semua jemaah perlu beredar dari masjid selepas selesai solat.

Pengerusi masjid dipertanggungjawab memastikan semua syarat dipatuhi dan kegagalan untuk mematuhi semua syarat-syarat akan menyebabkan masjid berkenaan tidak dibenarkan untuk mengadakan sembahyang Jumaat.

MAIPs mengeluarkan peraturan itu setelah mengambil kira pandangan Jabatan Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Kementerian Kesihatan.

Malaysia KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*