Setelah Sekian Lama Akhirnya Ibu Adib Bersuara Dan Ini Tuntutan Ibu Arwh Adib

“Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu.. sampai bnoh anak saya,” demikian luah Asma Aziz, 51, ibu kepada arwh Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang ma ut akibat dibelasah sekumpulan perusuh dalam kejadian rsohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, November lalu.

Asma berkata, dia mahu melihat sendiri wajah pelaku yang tergamak meragut nyawa anaknya yang ketika itu sedang menjalankan tugas dan besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat si pelaku dihadapkan ke muka pengadilan untuk menntut bela terhadap kema tian anaknya.

“Saya nak depa dibawa ke muka pengadilan. Apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan,” katanya ketika ditemui wartawan di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Alor Setar.

Menurut Asma, anak kedua daripada empat beradik itu amat rapat dengan keluarga dan sentiasa pulang ke kampung setiap kali cuti. Mengimbas semula sifat Adib, arwh juga akan mengambil cuti untuk membantu bapanya mengerjakan sawah setiap kali tibanya musim menanam padi.

“Kalau cuti dua haripun, arwh akan pulang ke rumah menaiki keretapi atau bas sebab arwh memang rapat dengan keluarga.

“Kalau musim menanam padi, arwh akan menghubungi bapanya untuk mengambil cuti dan membantu di sawah,” katanya.

Asma mengakui, dia masih tidak dapat tidur lena malam tadi kerana terlalu rindukan Adib. Apabila ditanya lanjut mengenai arwh, Asma tidak dapat menjawab kerana terlalu sebak.

Mengenai majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 22 Disember ini, Asma belum lagi membuat keputusan sama ada mahu menukar majlis itu sebagai kenduri tahlil kerana dia masih sedih dengan pemergian Adib.

PEGAWAI Psikologi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Maznah Hassan (kiri) memberi penerangan mengenai kaunseling kepada Asma Aziz ketika melawat di kediamanya di Kampung Tebengau

Walaupun begitu, Asma berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan ramai pihak khususnya di media sosial yang mahu kema tian Adib dituntut bela dan pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan.

“Rasa berterima kasihlah namun sampai sekarang saya tak boleh tengok berita mengenai Adib (di laman sosial)… saya tak sanggup lagi,” katanya.

Sumber Artikel : The Reporter

Malaysia menangisi pemergian Adib

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*