Setia Ke Hujung Nyawa. Isteri Pergi Bersama Suami Selang Dua Jam Suami Meniinggal Dunia

IMAM Masjid Jamek Simpang Renggam, dekat Kluang dan isterinya meniinggal dunia dalam tempoh selang dua jam, di rumah mereka di Kampung Simpang Renggam, Kluang, awal pagi hari ini.

Pada mulanya, Bera Madiran, ditemui meniinggal dunia oleh isterinya, Maimunah Dariman, kira-kira 4.30 pagi ketika dia bangun untuk solat Subuh.

Selepas memberitahu anaknya tentang kematian Bera, Maimunah menemani j3nazah suaminya di bilik tidur mereka sebelum dia ditemui turut meniinggal dunia oleh anak lelakinya 6.30 pagi.

Kisah itu dikongsi dalam Facebook (FB) Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).

Ahli SPJM Simpang Renggam, Sharul Aqmal Mohamad berkata, pasangan itu itu tinggal bersama dua anak lelaki.

Katanya, selepas menyedari suaminya meniinggal, Maimunah memaklumkan kepada dua anaknya yang kemudian membuat persiapan dan menghubungi saudara mereka, manakala Maimunah menemani j3nazah suaminya.

Bagaimanapun katanya, anaknya yang memasuki semula bilik itu mendapati Maimunah turut meniinggal dunia di sisi bapa mereka, 6.30 pagi.

“Kem4tian Bera mengejutkan kerana sebelum itu, dia sempat mengimamkan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Jamek Simpang Renggam, malam tadi. 4rwah sebenarnya menghidap diabetis, manakala isterinya mempunyai kans3r limfoma dan baru menjalani kimoterapi,” katanya.

Shahrul Aqmal berkata, 4rwah Bera adalah pesara guru agama sebelum menjadi imam masjid berkenaan.

Jenazah suami isteri itu dikebuumikan dalam satu liang di Tanah Perkubuuran Sungai Berumbung, dekat sini, 10.30 pagi tadi.

SETIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA…

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ …

“Pagi ini kami menerima khabar berita dari pasukan SPJM Negeri Johor memaklumkan bahawa Imam Besar Masjid Jamek Simpang Renggam Imam Hj Bera bin Madiran & isteri Hjh. Maimunah telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.

Suami dan isteri ini dikatakan meningggal dunia saat mereka sedang tidur setelah anak pasangan ini hairan kerana mereka tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh di masjid seperti kebiasaannya.

Malam tadi Imam Hj. Bera sempat memimpin solat jemaah Maghrib & Isyak di masjidnya dan tiada siapa menjangka itulah solat jemaah pimpinannya yang terakhir. Subhanallah..

Beliau dikatakan menghidap penyakit kencing manis dan arwah isterinya pula menghidap kans3r limfoma. Semoga Allah swt mengurniakan keduanya Husnul Khotimah dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Aamiin..

Sungguh indah detik kem4tian mereka. Boleh dikatakan inilah bukti ‘Setia Hingga Ke Hujung Nyawa’..

Insya’Allah, kami menantikan perkembangan berita lanjut dari pasukan SPJM Johor dari semasa ke semasa. Teruskan menyokong SPJ Malaysia dan jemput Like FB Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia.”

-Ust. Rafie Zainal-
Pengerusi,
SPJ Malaysia; Majlis Usrah Nur Fattah
013-322 7937 (24 jam berkhidmat)

Sumber : Skuad Pengurusan Jenazah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*