Setibanya Tun Mahathir Di Lapangan Terbang, Wartawan Tanya Tentang Perjumpaan Beliau Dengan Sultan Ismail. Ini Yang Tun Mahathir Beritahu

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan dirinya bersetuju untuk bercakap terus terang antara satu sama lain.

“Saya boleh berkomunikasi dengan dia. Kita bersetuju supaya kita frank, cakap secara terus terang, tak ada sembunyi-sembunyi.

“Dia bagi dia punya pandangan, saya beri saya punya pandangan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungannya yang tegang dengan Istana Johor sebelum ini.

Terdahulu, Mahathir mengadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Selepas pertemuan itu, Sultan Johor mencemar duli dengan menghantar Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai.

Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 keluaran pertama yang dinaiki Mahathir. Sumber Artikel : MKINI

Netizen Teruja Bila Tahu Sultan Ismail Hantar Tun Mahathir Pulang Naik Proton Saga Legend

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini dengan menaiki kereta Proton Saga edisi pertama.

Sultan Ibrahim memandu sendiri kenderaan berwarna biru muda itu sambil ditemani Mahathir yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Kereta dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada tahun 1985.

Pertemuan antara kedua-dua pihak itu berlangsung selama kira-kira sejam setengah.

Sumber Artikel : Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*