Shafie Apdal Jauh lebih Hebat Dari Muhyiddin. Tak Sangka Ini Kata Kata Tun M

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad, pada Sabtu (27 Jun) berkata beliau menyokong penuh cadangan Parti Amanah, Parti Warisan dan DAP agar Mohd Shafie Apdal dipilih sebagai calon untuk jawatan Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.
Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata keputusan memilih Mohd Shafie – yang juga Ketua Menteri Sabah itu – dicapai sebulat suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Amanah, Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah di Kuala Lumpur pada Khamis (25 Jun).

Menurut Dr Mahathir, dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju untuk mencadangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

“ Di dalam perbincangan itu, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

“ Kami sebulat suara bersetuju Mohd Shafie Apdal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

“ Saya menyokong penuh cadangan ini. Shafie Apdal bakal letakkan nama Malaysia di persada dunia dan jauh lebih hebat dan berkredibiliti tinggi dari Muhyiddin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pertemuan dan perbincangan secara tidak formal itu turut dihadiri Mukhriz dan Mohd Shafie sendiri, serta Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.Dr Mahathir berkata beliau percaya sekiranya langkah itu berjaya, ia akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Ini di samping cadangan untuk menamakan Mohd Shafie sebagai calon baru Perdana Menteri jika pembangkang dapat menguasai kembali Putrajaya.

Mereka berkata Amanah dan DAP berpandangan ia sebagai suatu pilihan baru untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Bagaimanapun, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah serta DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama, kata kedua-dua pimimpin tersebut.

Sebelum in, Amanah dan DAP meminta supaya Dr Mahathir dan Anwar mencari jalan penyelesaian dan kata sepakat berhubung calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Ia susulan kenyataan PKR, iaitu satu lagi komponen dalam PH, yang menyatakan pendirian teguh menolak Dr Mahathir sebagai pilihan pihak pembangkang untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya mereka kembali diberi kuasa meneraju negara.

Artikel Asal Ini Dipetik Dari Malaysia Politik

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*