Sharnaaz Ahmad Tetiba Buat Kepala Dengan Shuib Wpun Dah Jelaskan Banyak Kali. Lepas Itu, Ini Yang Terjadi

Seperti yang ramai sudah tahu, Shuib Sepahtu bukan sahaja seorang pelawak tetapi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dengan membangunkan perniagaan air minuman yang dipanggil Bubble Bee, beliau dapat mencipta satu fenomena yang setanding dengan air minuman boba dari luar negara.

Baru baru ini juga tular di media sosial dimana Shuib telah membuka peluang pekerjaan kepada 100 orang pertama. Mereka berpeluang untuk bekerja dengan Shuib di syarikat Bubble Bee.

Daripada 100 orang yang hadir ke temuduga mencecah sehingga 300 lebih orang dan dikatakan orang beratur dari pagi untuk menunggu giliran.

Apa yang dibuat oleh Shuib Sepahtu patut diberi pujian kerana dikala ramai kehilangan pekerjaan disebabkan oleh PKP sebelum ini mampu berkerja semula untuk mencari rezeki.

Sharnaaz Ahmad Mengamuk Di Kedai Bubble Bee

Perancangan perniagaan Shuib Sepahtu memang terbaik. Selepas kejayaan restoren Bubble Bee di Shah Alam beliau telah membuat keputusan untuk membuka lagi cawangan.

Salah satu cawangan Bubble Bee beliau akan dikendalikan oleh rakan baik beliau iaitu Sharnaaz Ahmad. Hari ini Shuib telah memuat naik satu video dimana dia dan Sharnaaz Ahmad telah ke tapak kedai Bubble Bee yang sedang direnovasi.

Pada asalnya Shuib seperti biasa ingin membuat VLOG tetapi apa yang berlaku seperti tidak dirancang.

Menurut video tersebut, restoren tersebut sepatutnya disiapkan pada 1hb June tetapi terpaksa ditangguhkan kerana PKP. Tarikh baru adalah 1hb Julai 2020.

Sharnaaz Ahmad seperti tidak yakin dan sering kali mempersoalkan Shuib adakah sempat restoren tersebut siap. Berulang kali Shuib menjawab bahawa akan sempat siap dan operasi pada 1hb Julai 2020 tetapi Sharnaaz tetapi tidak mahu percaya.

Video Penuh:

Tidak lama selepas itu, Sharnaaz Ahmad telah memuat naik 1 insta story dimana ayat tersebut seperti ditujukan kepada Shuib. Ini pertanyaan Shuib kepada Sharnaaz.

Adakah ini sekadar gimik atau betul betul berlaku? Apa pon kita doa yang baik baik dan semoga siap sepenuhnya rangkaian terbaru Shuib yang akan dikendalikan oleh Sharnaaz Ahmad.

AwatttSyeikhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*