Siapa Aen Syahera? Selain Menjadi Jutawan di Usia Muda, Ini Fakta Menarik Tentang Beliau Yang Ramai Tak Tahu

Mungkin ramai yang tidak kenal dengan gadis bernama Aen Syahera ini.

Gadis cantik ini adalah usahawan kosmetik yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Dilahirkan di Rantau Panjang, Kelantan, beliau telah mencapai status usahawan berjaya dan menjadi jutawan di usia yang sangat muda.

Berbekalkan wajah yang cantik menawan, Aen Syahera yang kini berumur 27 tahun merupakan pengasas kosmetik jenama Syahera Beauty. Antara produk keluaran syarikatnya adalah Luxury Gold, NAS Syahera Beauty, Mixfruit Luxury, Curve Exclusive (produk detox), Whiterich dan Syahera Scarf.

Biodata Aen Syahera

Nama Penuh: Nurulain Syahirah Binti Mat Hasmuni
Asal: Rantau Panjang, Kelantan
Tarikh Lahir: 9 Disember 1993
Umur: 27 Tahun (2020)

Pendidikan: Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Warganegara: Malaysia
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Status: Menerusi semakan, tidak dijumpai status sebenar Aen samada masih bujang atau sudah berkahwin.

Kerjaya: Usahawan Kosmetik dan Pengasas Syahera Beauty

Produk: Luxury Gold (khusus untuk wanita), NAS Syahera Beauty (kegunaan lelaki dan wanita), Mixfruit Luxury, Curve Exclusive (produk detox), Cream Whiterich, Syahera Scarf

Kejayaan: Pernah dinobatkan sebagai Ikon Festival Wanita Muda 2016 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak Tun Abdul Razak di PWTC

Instagram: @aensyahera

Fakta Menarik

Mula terjun ke bidang perniagaan dengan menjadi ejen dropship, seterusnya stokis dan akhirnya menjadi founder Syahera Beauty.

Mengasaskan produk kosmetik sendiri pada usia 24 tahun. Mula dikenali ramai apabila muncul dalam video viral bersama Youtuber popular, Syahmi Syazli.

Pernah digelar ‘Gadis Kampung’ suatu ketika dahulu dan sehinggalah produk kosmetiknya menjadi laris serta mendapat liputan di radio THR Gegar dan Majalah Mingguan Wanita.

Kejayaan yang dikecapinya kini bukan bermakna beliau tidak pernah menemui kegagalan.

Antara kata-kata nasihat daripada beliau:

“ Waktu kita susah takde sorang pun yang datang tolong dan tak akan ada orang yang akan ubah nasib kita kalau bukan diri sendiri.

Buat sesuatu kerja dengan niat ingin bantu family, ubah nasib keluarga untuk lebih senang.”

Antara pengalaman jatuh bangun perniagaan yang tidak boleh dilupai adalah sewaktu COD produk dengan menaiki motosikal di tengah panas sehingga disaman poIis kerana tiada lesen memandu.

Dan sewaktu menaiki motorsikal menghantar produk tersebut, tiba-tiba turun hujan dan basah segala jenis produk yang dibawa.

LAWAK SIOT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*