Singapura Dedah Ramalan Tarikh Bila Untuk Rakyat Malaysia Bebas Sepenuhnya Dari C0VlD19

Satu kajian yang dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan penularan wabak COVID-19 yang ‘menggoncang’ dunia akan berakhir pada 6 Mei ini di Malaysia.

Data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab itu pada Jumaat lalu adalah hasil penilaian dengan menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit pandemik ini dengan penggunaan kalkulator grafik untuk memplotkan graf.

GRAF NEGARA MALAYSIA

Sebelum ini model yang sama pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS.

Menurut kajian itu, dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember manakala pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.

Jangkitan wabak global di Amerika Syarikat (AS) yang paling teruk terjejas dengan 936,293 jangkitan selain 53,511 kematian dijangka berakhir pada 11 Mei.

Perkara itu mungkin daripada hasil penilaian terbaharu wabak tersebut yang kini menunjukkan penurunan di beberapa tempat.

Virus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan  sementara di Itali  pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).

GRAF NEGARA ITALY

GRAF NEGARA SINGAPURA

GRAF NEGARA AUSTRALIA

GRAF NEGARA DUNIA

Daripada graf tersebut, jangkitan COV19 di Qatar pula dijangka berakhir pada 26 Jun iaitu antara yang terlambat daripada 28 buah  negara itu. Australia merupakan satu-satunya negara yang bakal menyaksikan kadar sembuh sepenuhnya 100 peratus pada 22 Mei, iaitu lebih awal daripada negara-negara lain di dunia.

Sumber: Astro Awani

Sama sama kita mendoakan agar ramalan ini menjadi kenyataan. Sempat rasanya untuk sambut hari raya .. Insyallah, semoga dipermudahkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*