Siti Rohayu Cerita Kenapa Dia Benarkan Lelaki Bukan Mahram Berada Dalam Rumah Dan Akhir Ditngkap Pejabat Agama

SAYA dalam proses membuat pertimbangan sama ada mahu melantik peguam atau sebaliknya untuk membuat tuntutan saman malu,” kata Siti Rohayu Ibrahim, 30.

Katanya, tuntutan mahu dibuat kepada individu yang menyebarkan fitnah secara melampau kepadanya sehingga mencemar nama baik serta menjatuhkan maruah mereka sekeluarga.

Kami tidak menyalahkan Pejabat Agama Daerah Besut yang membuat serbuan kerana mereka bertindak atas laporan tetapi kami kesal dengan tindakan individu tertentu cuba mengambil kesmpatan menabur ftnah dengan memutarbelit fakta sebenar kes.

Sebab Kenapa Dia Benarkan Lelaki Bukan Mahram Tinggal Serumah

“Saya akui bersalah kerana membenarkan lelaki bukan mhram yang sudah dianggap seperti adik sendiri tinggal bersama keluarga lebih setahun bagi menjaga keselamatan keluarga serta membantu menguruskan kedai.

“Tindakan itu dibuat setelah rumah kami sudah beberapa kali dipecah masuk perompak hingga boleh mengncam nywa kami sekeluarga.

“Sebelum ini pernah sekali ketika saya berada dalam bilik bersama suami dan dua anak ada individu tak dikenali cuba menendang pintu bilik mahu membuat perkara tidak baik pada kami kerana orang tahu suami terlantar tidak sihat,” katanya ketika ditemui di kedainya berhampiran Hospital Besut, hari ini.

Sebelum ini kes Siti Rohayu tular di laman sosial apabila didakwa berkhalwat dengan seorang lelaki berumur 28 tahun ketika beberapa lagi ahli keluarga lain ada bersama di rumah.

Tiada Apa Yang Terjadi Ketika Tangkapan Sedang Berlaku

Menurutnya, adik angkatnya banyak membantu menguruskan suami kerana keadaan fizikal suami yang berbadan besar menyukarkan mereka mengangkatnya dengan kudrat tenaga perempuan.

“Isu ini timbul apabila ada yang menyangka saya berdua-duaan dengannya sedangkan hakikat sebenar ketika kejadian, saya dengan suami dan anak-anak dalam bilik.

“Sementara, di ruang tamu kakak serta dua anaknya sedang berehat sementara adik angkat juga berada di situ,” katanya.

Siti Rohayu berkata, mungkin disebabkan sudah kenal lama dengan adik angkat yang dianggap seperti adik sendiri dia tidak menyangka melakukan kesalahan dengan membenarkan lelaki bukan mhram tinggal bersama mereka.

Tidak Akan Benarkan Lagi

“Sedangkan tindakan itu adalah satu kesalahan mengikut undang-undang syariah di bawah kesalahan khalwat.

“Apa yang berlaku adalah isu salah faham jika dari awal saya sedar benda ini salah saya tidak akan ambil risiko membenarkannya tinggal bersama walau apa saja alasan,” katanya.

Dia berkata, walaupun terpaksa berdepan dengan ujian berat ini tambah pula di bulan Ramadan dia tidak akan berpisah dengan suami biar apa jua rintangan menanti di hadapan.

Kisah pengorbanan Siti Rohayu menjaga suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, 27, yang terlantar akibat kemalangan jalan raya pernah dilaporkan Harian Metro pada Ogos 2017.

Wanita itu berjuang menjaga dan merangsang daya ingatan suaminya dengan harapan insan kesayangannya kembali pulih.

HMETRO ONLINE, HMT Press

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*