Rakyat bangladesh ni kena tegur sebab memancing tepi sungai melaka. Apa yg berlaku buat ramai ntizen tak puas hati

Pada zaman PKP ini ramai yang kehilangan punca pendapatan dan ini bukan kepada rakyat Malaysia sahaja. Ada juga rakyat lain yang berada dalam Malaysia dan mereka turut terkesan dengan keadaan zaman sekarang.

Video Berada Di Bawah Artikel

Bayangkan, nak makan pun tidak cukup duit dan ada antara mereka terpaksa mencari sumber makanan yang lain seperti memancing.

Video yang telah dimuat naik oleh satu laman Facebook bernama Melaka Explorer menunjukkan 2 warganegara asing Bangladesh sedang memancing ikan di tepi sungai Melaka yang terletak di Bandar Hilir.

Video tersebut telah mendapat 300 perkongsian dan 646 tanda suka. Tetapi yang menariknya adalah komen komen di dalam video tersebut.

Video yang menunjukkan 2 warganegara Bangladesh memancing telah didatangi oleh seorang individu menegur mereka kenapa memancing di Sungai Melaka.

Menurut individu tersebut, kawasan situ (Sungai Melaka) tidak dibenarkan memancing kerana ikan ikan tersebut dibela.

Mereka telah menaikkan banyak ikan dan individu tersebut telah mengarahkan mereka melepaskan ikan ikan ke dalam sungai semula. Mereka turut diberitahu jika ada penguatkuasa datang mereka boleh disaman atau boleh ditangkap.

Jelas kelihatan dukacita pada salah seorang warga Bangladesh itu. Munkin ikan ikan itu adalah makanan dia untuk hari ini tetapi terpaksa dilepaskan semula.

Netizen mula meninggalkan komen dan rata rata tidak berpuas hati dengan tindakan individu tersebut.

KOMEN NETIZEN

ā€œTpi klau setakat nk mkn buat alas perut xjdi mslh kot..dgn skg negara ada mslh covid ..mslh kewangan lgi.kita sdri mengharap kn bntuan..mereka mana lah kita thu kn..ad mse aq xsuke jgk bangla ni..tpi bila di fikir blik..mungkin sbb dea perlu cari makan untuk diri sdri jgk knā€¦mne thu dorg xd duit ke..itu lh jln terbaik yg blh dea lakukan..dripada mncuriā€¦org dh kecam lain plk kn..ā€

ā€œBiar lh yg dh abik tu amaran tetap amaran..bgi je lh ..ikan tu mungkin rezeki diaā€¦.utk hariniā€¦Mana lh Tau tk de duit..tk kn nk mencuri kutā€¦sungai tu kn luasā€¦ā€

ā€œBiar laā€¦dia nak makan kanā€¦bukan dia buka meja tepi jalan and jual ikan2 tue semuaā€¦.rezeki Allah swt tue luasā€¦..ā€

Ada juga yang menyokong tindakan individu itu menegur 2 warga Bangladesh .

ā€œMula2 slow je.. lama2 kalau x dtegur korang tgok la nanti.. silap2 sampai licin ikan dlm tu dorang kebas.. xckup pukat.. siap tebar jala.. puak ni bgi betis nk peha..ā€

ā€œKena tegas dan berprinsipā€¦.undang undang xboleh kompromiā€¦ikan tu bukan hakmilik diaā€

Jadi apa pendapat anda? Patut disuruh buang balik ikan dalam sungai atau biarkan je dia bawa balik sebab memang rezeki dia dapat ikan? Bincangkan ..

Video Penuh:

KREDIT: AwattSyeikhh Network

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*