Solat Jumaat Pertama di Masjid Negara, Kuala Lumpur Selepas 8 Minggu Ditangguh

“SYUKUR kerana sekian lama tidak dapat bersolat Jumaat di Masjid Negara akhirnya dapat melakukannya selepas kerajaan memberi sedikit kelonggaran untuk mengerjakan solat itu seperti biasa,” kata kakitangan Masjid Negara, Muhammad Noriman Kamaruddin, 27.

Muhammad Noriman berkata, terima kasih kepada kerajaan memberi kebenaran ini walaupun tidak dibenarkan dalam jumlah yang ramai namun sangat bersyukur kerana sudah lama tiada solat Jumaat di sini.

Menurutnya, apa yang dilakukan kerajaan itu demi keselamatan semua dan kesejahteraan rakyat dan perlu mengikut prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

Sementara itu, guru tahfiz, Ahmad Mujahid Salleh Sani, 35, berkata, dia bersyukur dan gembira apabila diberi peluang kembali menunaikan solat Jumaat walaupun perlu mengikut SOP ditetapkan.

“Alhamdulillah dan ia satu perasaan yang sukar digambarkan dan gembira dapat menunaikan semula solat Jumaat,” katanya.

Kerajaan semalam membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat, berjemaah, tarawih dan Aidilfitri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu diputuskan selepas resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang 8 Mei lalu sebelum dipersembahkan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu.

Video ehsan Malaysia Kini

HARIAN METRO

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*