Subhanallah Anak Krakatau Masih Keluarkan Debu Di Laut. Ini Simulasi Bagaimana Tsun4mi Boleh Berlaku

LABUAN (Indonesia): Angka kema tian akibat bencana tsun4mi di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 280 orang, selepas pasukan penyelamat menemui lebih banyak mang sa ketika operasi mencari menggunakan jentera berat.

Lebih 3,000 penduduk yang tinggal di pesisiran pantai turut meninggalkan kediaman masing-masing dan mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi, apabila amaran ombak besar dikeluarkan hingga esok.

Ratusan lagi penduduk dilaporkan cedera atau hilang, ketika tsun4mi melanda kawasan di sepanjang Selat Sunda, pada Sabtu lalu.

Pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan kini bertumpu di Pandeglang, iaitu kawasan yang paling teruk dilanda tsun4mi itu.

Pegawai agensi pengurusan bencana di wilayah Banten yang dikenali sebagai Jhony mengesahkan kepada wartawan bahawa jumlah mang sa terkorb4n meningkat kepada 280 orang dan sebahagian besarnya adalah pelancong tempatan.

Komander tentera daerah, Dudi Dwiriadi, berkata anggota tentera dan sukarelawah sudah diarah untuk memeriksa kawasan pantai sepanjang 100 kilometer untuk mencari serta menyelamatkan mang sa.

Sementara itu, kebanyakan jalan ke lokasi kejadian masih terputus akibat kesesakan atau ditimbuni serpihan yang dibawa tsun4mi.

Presiden Indonesia, Joko Widodo yang bertanding dalam pilihan raya umum pada April ini, dijadualkan mengunjungi kawasan bencana, hari ini.

Punca Dari Anak Krakatoa

Pihak berkuasa menyatakan tsunami mungkin juga dicetuskan gelombang air pasang surut tidak normal dan tanah runtuh bawah air susulan letusan gunung berapi Anak Krakatoa.

Bagaimanapun, Nugroho menambah Agensi Geologi Indonesia akan menyiasat punca sebenar bencana terbabit.

Anak Krakatoa, sebuah gunung berapi kecil yang muncul dari laut pada setengah abad lalu selepas letusan dahsyat Krakatoa pada 1883 adalah salah satu daripada 127 gunung berapi masih aktif di Indonesia.

Letusan Gunung Berapi Anak Krakatau sehari sebelum tsun4mi yang melanda Selat Sunda berjaya dirakam Agensi Sumber Daya Alam Indonesia.

Video udara Gunung Anak Krakatau

Video udara Gunung Anak Krakatau yang masih terus mengalami erupsi dengan menyemburkan abu tebal. Aktivitas erupsi inilah yang dinyatakan @bnpb_indonesia sebagai penyebab tsun4mi Selat Sunda, bukan g3mpa bumi.

“Kemungkinan tsunami terjadi akibat longsor bawah laut karena pengaruh dari erupsi Gunung Anak Krakatau,” kata @sutopopurwo dalam keterangan tertulisnya.

SIMULASI BAGAIMANA BOLEH TERJADI TSUN4MI DI SELAT SUNDA .. SUBHANALLAH !

Semoga usaha menyelamatkan semua orang dipermudahkan. Ini adalah ujian dari Allah SWT.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*