Subhanallah, Masjid Lama Ini Tidak Dirobohkan Tetapi Dipindahkan Ke Tempat Lain. Proses Pemindahan Masjid Ini Amat Menakjubkan

SEBUAH masjid abad ke-15 di Turki telah dibahagikan kepada tiga bahagian dan diangkut oleh robot ke lokasi baharunya.

Pekerja binaan terpaksa memecahkan dindingnya yang berusia ratusan tahun bagi memudahkan proses pemindahannya.

Bahagian terakhir Masjid Eyyubi seberat 2,500 tan itu dipindahkan dari kota purba Hasankeyf di wilayah Batman pada Jumaat selepas dua bahagiannya diangkut pada awal tahun lalu.

Proses pemindahannya menggunakan robot dilengkapi 352 roda.

Langkah itu dibuat selepas empangan keempat terbesar di Turki, Ilısu dijangka menenggelamkan kota Hasankeyf.

Foto menunjukkan bahagian akhir itu dibawa melalui perjalanan mencabar itu menggunakan robot dilengkapi 352 roda.

Masjid seberat 4,600 tan itu dipindahkan ke Taman Kebudayaan Baharu Hasankeyf, tapak khas direka untuk struktur dilindungi.

Selain masjid berusia 610 tahun, artifak kebudayaan lain turut dipindahkan ke lokasi itu yang dibuka pada 2017.

Difahamkan, monumen Zeynel Bey seberat 1,100 tan juga menggunakan teknologi sama ketika proses pemindahan dibuat pada tahun lalu.

Datuk Bandar Hasankeyf, Abdulvahap Kusen berkata, usaha diteruskan untuk memastikan artifak itu tidak musnah akibat banjir.

Ia melalui perjalanan agak mencabar ketika proses pemindahan ke Taman Kebudayaan Baharu Hasankeyf.

“Kesemua artifak purba akan ditempatkan di Taman Kebudayaan berhampiran kawasan penempatan baharu,” lapor akhbar tempatan memetik kenyataan beliau.

Kota purba tersebut diberikan status dilindungi pada 1981 dan terdapat hampir 6,000 gua dan struktur bersejarah Islam dan penganut Kristian di Hasankeyf.

Sejarah kota itu melangkaui sembilan tamadun dan ia pertama kali disebutkan dalam teks hampir 2,000 tahun sebelum Masihi.

Pemindahan itu dibuat untuk memastikan artifak itu tidak musnah akibat banjir.

Sejak 2009, bank di Turki perlu membiayai sendiri pembinaan empangan itu selepas Société Générale, UniCredit dan DekaBank tidak lagi menyalurkan pembiayaan.

Bank Eropah turut menasihatkan kerajaan Turki supaya memenuhi kriteria ditetapkan Bank Dunia termasuk perlindungan alam sekitar dan penempatan semula, namun ia gagal berbuat demikian hingga menyebabkan kota purba itu semakin terancam. – Daily Mail

Robot itu menggunakan teknologi yang sangat maju untuk memastikan strukturnya tidak terjejas ketika proses pemindahan itu.

Struktur asal Masjid Eyyubi tersebut di lembah gurun di tenggara wilayah Batman.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*