Sudah Dibebaskan. Tiada Lagi Had Masa Keluar, Tapi Ada Satu Lagi Yang Rakyat Masih Belum Boleh Buat

Tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (kluster pertahanan) Ismail Sabri Yaakob.

“Dari segi pergerakan sudah pun dibebaskan (untuk perjalanan) antara daerah (dan) tiada had dari segi jangka masa untuk keluar.

“Dalam peraturan baru, tiada (had seperti sebelum ini),” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berkenaan perkara itu selepas PKPB mula berkuat kuasa semalam.

Berhubung perjalanan rentas negeri pula, beliau berkata larangan masih terpakai tetapi perjalanan boleh dibuat antara 7 hingga 10 Mei ini dengan permohonan dibuat kepada pihak berkuasa.

Berkenaan perjalanan rentas negeri menggunakan pengangkutan awam, Ismail berkata poIis masih meneliti perkara itu.

“PoIis sedang buat kajian, misalnya berkenaan berapa jumlah (bas) yang diperlukan.

“Ini kerana pergerakan antara negeri masih tak dibenarkan, oleh itu kenderaan awam seperti bas ekspres belum (beroperasi),” katanya yang juga menteri pertahanan.

Penetapan ini berbeza dengan PKP sebelum ini yang mana kerajaan hanya membenarkan seorang pemandu untuk setiap kereta persendirian antara 6 pagi hingga 10 malam.

Menerusi pewartaan PKPB, kenderaan persendirian dengan maksimum empat penumpang telah dibenarkan keluar dengan syarat kesemua penumpang tersebut perlu dari kediaman dan keluarga yang sama.

Bagaimanapun, perjalanan rentas sempadan negeri masih tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

Menurut Seksyen 4(1) warta persekutuan 3 Mei yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, orang ramai boleh melakukan perjalanan dalam “kawasan tempatan jngkitan” kecuali di kawasan PKP diperketatkan, melainkan mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

Pewartaan itu menandakan permulaan pelonggaran PKP bagi pembukaan semula ekonomi.

Ismail berkata polis kini akan mula memberi tumpuan kepada penguatkuasaan syarat dan peraturan yang ditetapkan kepada industri yang kembali beroperasi.

Peraturan itu antara lain pelaksanaan pembersihan di premis, ujian saringan terhadap pekerja asing dan pengamalan penjarakan sosial.

Katanya lagi, penguatkuasaan akan bermula dengan amaran sebelum disusuli dengan tindakan lebih tegas.

FREEMALAYSIATODAY

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*