Sugu Pavithra Dib没Ii Dan Didesak Oleh Netizen Untuk Tutup Akaun YouTube, Ini Puncanya

Ramai yang cukup kenal dengan YouTuber berbangsa India, Sugu Pavithra yang semakin menempa nama menerusi akaun YouTube miliknya itu. Sugu berjaya mendapat peningkatan jumlah subscribers di atas video masakan yang dikongsikan olehnya. Berdasarkan tinjauan, dia kini memiliki 385,000 pengikut di akaunnya itu.

Tanpa disangka, kejayaan yang diraih Sugu ini telah menyebabkan beberapa pihak tidak senang hati melihat pencapaian yang dimilikinya. Netizen di Twitter mendedahkan terdapat beberapa komen berunsurkan 鈥榗yber bullying鈥 di akaun Sugu yang memintanya menutup akaun YouTube itu.

Apparently, dalam semua orang sokong channel sugu pavithra rupanya ada a few indians yang marah marah dia suruh jangan share recipe n tutup youtube dia. But they comment in tamil so kita ingatkan just another kata kata semangat. Jahat nak makan sedap sorang sorang je! pic.twitter.com/jJXTttCE9X0000鈦0鈦0

鈥 JUJU (@arxxxxmand) May 13, 2020

Menerusi ruangan komen di akaun YouTube Sugu, terdapat komen-komen yang ditulis dalam Bahasa Tamil dan memarahinya berkongsikan resepi-resepi masakan di situ. Tidak cukup dengan itu, mereka turut meminta Sugu memadamkan akaunnya itu yang mana jelas adalah satu tindakan buli kepada Sugu.

Pendedahan ini turut mengejutkan ramai netizen kerana tidak sangka ianya berlaku kepada YouTuber yang semakin mencipta nama di Malaysia ini. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan buli ini dan meminta orang ramai untuk terus memberikan sokongan pada Sugu.

Pastu sekarang pun banyak dah orang bagi ?? kat videos dia. Tu mesti dari few Indians yang marah marah Sugu ?

鈥 ????? ???? (@shezzlahhhhh) May 13, 2020

Dahh jom pakat p sokong pavitra n sugu ni.. apa bendela masak2 pun nk dengki.. org tu masak guna beras kau ke.. ni first time kot tgk yutiup x skip iklan sbb nk sapot sheols ..

鈥 mottin (@miyauyau) May 13, 2020

Baca tweet ni, teringat tahun lepas kan ada gaduh kat Twitter pasal tuduh orang lain curi/claim kuih tradisi diorang. Mungkin kumpulan yang berhaluan sama yg suruh sugu tutup channel.

鈥 Brian Zharif (@BrianZharif) May 13, 2020

Perangai dengki ni ada kat mana mana bangsa.

鈥 Adam.Ad (@AdamAhmad777) May 13, 2020

Sejak namanya semakin dikenali ramai, Sugu menerima kenaikan jumlah subscribers di akaunnya dan kini menerima bayaran daripada Google di atas jumlah tontonan yang tinggi. Video resepi yang dikongsikan Sugu bukan sahaja ditonton oleh rakyat Malaysia malah mereka di luar negara juga.

Sebelum ini, pasangan daripada Jepun berjaya menghasilkan masakan kari ayam berdasarkan tontonan video daripada Sugu. Mereka telah mengikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Sugu dalam salah satu video yang dimuatnaiknya sebelum ini. Bukankah ini satu pencapaian yang cukup membanggakan untuk seorang suri rumah seperti Sugu?

AMAZINGNARA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*