Sultan Johor Sudah Murka Dan Ini Titah Baginda

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang.

Baginda, yang kesal dengan insiden itu bertitah, pihak berkuasa perlulah melakukan siasatan secara menyeluruh sekaligus mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Sultan Johor dalam masa yang sama turut melahirkan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mereka yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Disebabkan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah ada yang bertarung nyawa dalam ICU!

“Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya, “ titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office (RPO) menerusi Facebook rasmi baginda di Johor Bahru, hari ini.

Sultan Ibrahim turut menasihati orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan kejadian supaya sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat.

“Sekolah juga tidak harus dibuka selagi keadaan tidak benar-benar selamat untuk pelajar dan guru. Kurangkan juga seberapa banyak pergerakan di luar,” titah baginda.

Sumber: MalaysiaKini

Ucapan Penuh Di Laman Rasmi Facebook Sultan Johor

INSIDEN PENCEMARAN BAHAN KIMIA: SULTAN IBRAHIM MAHU PIHAK BERKUASA AMBIL TINDAKAN TEGAS

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada murid, pelajar sekolah serta orang awam.

Baginda Tuanku Sultan bertitah mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu, pada masa sama melahirkan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mereka yang dimasukan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah ada yang bertarung nyawa dalam ICU!

“Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya.

“Saya berasa amat sedih apabila melihat ramai yang merana akibat tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang hanya melakukan tugas – seperti pemandu ambulans, pekerja kantin sekolah,” titah Baginda kepada Royal Press Office hari ini (12 Mac).

Baginda Tuanku Sultan bertitah menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan kejadian supaya sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat.

“Sekolah juga tidak harus dibuka selagi keadaan tidak benar-benar selamat untuk pelajar dan guru. Kurangkan juga seberapa banyak pergerakan di luar,” titah Baginda Tuanku Sultan.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Sultan Johor Sudah Murka Dan Ini Titah Baginda – Today Viral
  2. Ambulans dari pagi tadi tak henti-henti keluar masuk, Sultan Johor Murka. Ini sebenarnya yang terjadi di Johor - Cite Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*