Sultan Johor Tolak Cadangan Bazar Ramadan Pandu Lalu, Tempah Dan ‘Pick-up’

Sultan Johor menolak cadangan mengadakan bazar Ramadan pandu lalu, ketika seluruh negara menunggu keputusan semua kerajaan negeri semasa perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa bagi memutuskan rantaian jangkitan COVlD-I9.

Sultan Ibrahim menegaskan ia tidak sesuai dilaksanakan susulan penularan wabak koronavirus itu, mengingatkan kerajaannya ketika ini pasukan barisan depan bertungkus lumus membasmi sepenuhnya wabak itu.

Saya bimbang jika dilaksanakan bazar Ramadan secara pandu lalu, akan timbul isu kesesakan jalan raya pula hingga membebankan lagi tugas pasukan penguatkuasa.

” Malah, amat sukar untuk menjamin tiada kemungkinan berlaku risiko kontak rapat dan jika timbul kluster baharu, bagaimana kita hendak mengawal virus ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Kenyataan ini menyusuli pertemuannya dengan Menteri Besar Hasni Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Kerajaan juga sudah putuskan 

Sementara itu, kerajaan memutuskan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan bazar atau gerai Ramadan termasuk bentuk pandu lalu atau tempah serta ambil tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pagi tadi.

” Mesyuarat hari ini telah meneliti dan mendengar pandangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tentang perancangan mereka untuk membuka e-iftar iaitu gerai yang menjual kuih-muih atau lauk pauk untuk bulan Ramadan tidak dibenarkan.

” Kalau kita wujudkan bazar misalnya 50 bazar sekelompok dan e-hailing (penghantar makanan) datang ambil di bazar tersebut selepas lakukan pesanan ia juga tidak boleh kerana gerai seperti itu tidak boleh (dibuka).

” Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan yang berkaitan dengan bazar atau gerai Ramadan termasuk konsep pandu lalu atau tempah dan ambil adalah tidak dibenarkan.,” katanya selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Nanti bazar akan sesak juga, jadi sama jer..

Menjelaskan lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan itu dibuat selepas semua perkara diteliti khususnya dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVlD-I9).

Apa sahaja berbentuk bazar… walaupun ada e-hailing (tidak dibenarkan).

” Kalau kita wujudkan (benarkan) bazar misalnya, 50 bazar sekelompok dan e-hailing (pekerja penghantaran) datang untuk mengambil makanan tersebut (jadi ramai orang), ianya tidak boleh dilakukan… sebab itu saya sebutkan tadi, bazar tidak dibenarkan.

” Tetapi perniagaan e-hailing biasa yang sekarang sudah dilaksanakan dan hantar ke rumah… itu boleh diteruskan seperti biasa,” ujarnya.

Menurutnya, seperti yang diumumkan semalam hanya perkhidmatan melalui pesanan dalam talian dan dihantar menggunakan e-hailing sahaja dibenarkan.

” Perniagaan e-hailing biasa yang telah dilaksanakan sekarang dengan menghantar pesanan ke rumah boleh diteruskan seperti biasa,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk melaksanakan bazar Ramadan secara pandu lalu serta tempah dan ambil di Wilayah Persekutuan, berikutan bazar Ramadan tradisional tidak dibenarkan tahun ini susulan kebimbangan penularan COVlD-I9.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, menjelaskan cadangan konsep tempah dan ambil merangkumi dua kaedah iaitu makanan ditempah diambil sendiri pelanggan di lokasi tertentu dan kedua, diambil oleh pemandu e-hailing dan dihantar kepada pembeli.

Asia United

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*