Sultan Pahang Menjadi YDPA ke 16 Dan Sultan Perak Menjadi Timbalan Agong. Daulat Tuanku. Ini Kata Kata Najib Razak Kepada YDPA Baru.

SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja, yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, dihadiri oleh semua Sultan dan Raja Melayu kecuali Kelantan.

Kenyataan itu menyebut menurut peruntukan Perenggan 3, Bahagian Pertama Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

“YAB Perdana Menteri juga telah dimaklumkan,” kata Syed Danial.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada 7 Januari berkata Majlis Raja-Raja memutuskan istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong baharu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ditetapkan pada 31 Januari ini.

Sumber Artikel: Harian Metro

Najib Razak Ucap Tahniah Kepada YDPA Baru Yang Ke 16.

Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah atas pelantikan Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Daulat Tuanku!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*