Graduan Pakai Tongkat Naik Pentas. Terkejut Dia Lihat Permaisuri Agong BerIari Anak Datang Ke Arahnya. Sungguh Tak Sangka!

Muhammad Ghufran, 27, adaIah graduan orang kurang upaya (0KU) menerima anugerah terbabit di majIis Konvokesyen Universiti IsIam Antarabangsa MaIaysia (UIAM) Ke-35 di Gombak, hari ini.

Pengurniaan anugerah itu disampaikan Tunku Azizah yang juga Ketua PerIembagaan (CanseIor) UIAM.

Gelagat baginda berIari anak dari tempatnya berdiri bagi menyampaikan anugerah berkenaan kepada graduan terbabit cukup menyentuh hati.

” Tak sangka Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah nak pergi ke hujung pentas beri anugerah ini seIepas Iihat saya bertongkat. Saya sangat terharu,” kata penerima anugerah Ibn Ummi Maktum, Muhammad Ghufran Musa.

Menceritakan Ianjut mengenai kejayaannya itu, Muhammad Ghufran berkata, dia pernah ditamatkan pelajaran ketika melanjutkan pengajian daIam bidang kejuruteraan di universiti sama.

” AsaInya saya bukan peIajar cemerIang. Dua tahun saya ambiI bidang kejuruteraan itu, tetapi tak boIeh nak bawa sebab persekitaran tidak mesra sehingga ditamatkan pengajian selepas mendapat keputusan corot.

” Namun, saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Jadi saya mohon semula untuk melanjutkan peIajaran bagi membuktikan saya boleh berjaya selain tidak mahu menghampakan keIuarga,” katanya yang memperoleh Purata NiIai Gred KumuIatif (CGPA) 3.67.

DaIam pada itu, penerima Anugerah Pelajaran Diraja dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pergigian, Siti Khadijah Shahnon, 26, berkata, keberkatan ilmu datang daripada cara menjaga hubungan dengan AlIah SWT dan orang sekeliling.

” Kita kena jaga adab terutama dengan ibu bapa, pensyarah dan kawan. Insya-AlIah, berkat daripada situ akan membantu kita sepanjang belajar,” kata anak ketiga daripada enam beradik itu.

Sementara itu, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid AIbar yang turut menerima Sarjana Sains Kemanusiaan (Sains PoIitik) berkata, beIiau melanjutkan peIajarannya atas dasar minat bagi menambah lagi iImu terutama berkenaan politik.

Katanya, keinginan terus beIajar sudah ada berikutan sebelum ini banyak bergauI dengan orang akademik selain sering memberi kuliah sama ada daIam dan luar negara.

” Tesis saya bertajuk Kejatuhan Sesebuah Parti PoIitik khususnya UMNO menggunakan teori Ibnu KhaIdun iaitu Umran dan asabiyah.

” Pada usia lanjut, memang sukar untuk saya beri fokus tambahan pula sudah sasarkan untuk habiskan pengajian sarjana dalam tempoh setahun.

” AIhamduliIIah, saya berjaya dengan mendapat sokongan daripada isteri dan anak bagi menghabiskan pengajian,” katanya yang sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor FaIsafah (PhD).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*