‘Saya Bukan Brd4rah Indonesia’ Kenyataan Agnez Mo Mengundang Kemarahan Ramai Warganet Tetapi Ini Sebenarnya Apa Yang Dia Cakap Ketika Itu

Siapa yang tidak kenal penyanyi Agnes Monica dari Indonesia ini? Jika dahulu dikenali sebagai Agnes Monica kini beliau dikenali sebagai Agnez Mo.

Lagu-lagu yang ditampilkan sering dimainkan di corong-corong radio satu ketika dahulu. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila tular video temubual Agnez ketika mempromosikan lagu terbaharunya iaitu Diamonds.

Penyanyi popular Agnez Mo mengejutkan ramai apabila membuat kenyataan bahawa dirinya bukan berdr4h Indonesia.

Perkara itu dilakukan Agnez dalam sebuah wawancara bersama Kevan Kenney menerusi rancangan YouTube Build Series NYC by Yahoo! baru baru ini.

Pada mulanya pengacara lelaki itu bertanya mengenai kepelbagaian budaya dan penyesuaian diri sebagai penganut agama minoriti iaitu Kristian.

Akan tetapi, kenyataan Agnez mengundang kemarahan rakyat Indonesia. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Agnez mengaku dirinya berketurunan Jepun, Jerman dan Cina.

“Saya bukan berdr4h Indonesia sama sekali tetapi saya berketurunan Jerman, Jepun dan Cina.

“Saya hanya dilahirkan di Indonesia dan saya beragama Kristian. Sedangkan di Indonesia majoritinya Muslim.

“Saya tak nak katakan saya tidak berasal dari sana kerana rasanya ramai yang boleh menerima saya dengan baik, tetapi saya rasa tidak seperti yang lain.

“Ia mengajar saya untuk menerima kritikan, perbezaan dan sisi lain saya yang lebih unik,” katanya.

Rata-rata rakyat Indonesia berasa kecewa dengan tindakan Agnez dan mengecam beliau. Malah, ada yang mengatakan bahawa Agnez mengkhianati dan tidak menghormati Indonesia.

Potongan video yang tular di media sosial Twitter itu telah mengundang pelbagai kecaman daripada banyak pihak.

Namun, apabila menonton penuh rancangan itu, Agnez akui kebanyakan karyanya mengadunkan elemen Indonesia misalnya penggunaan batik dan tarian Jaipong.

Malah penyanyi yang popular dengan lagu Tak Ada Logika itu memuat naik kenyataan lanjut di Instagram menyatakan perasaan bangga dengan Indonesia.

Lantaran itu, Agnez tampil membuat kenyataan balas dengan mengatakan bahawa video yang tular tidak penuh. Malah, beliau tekankan dalam temubual tersebut bahawa walaupun beliau golongan minoriti di Indonesia, tetapi beliau belajar banyak perkara.

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa walaupun beliau tidak berdr4h Indonesia tetapi beliau sentiasa sayang Indonesia dan akan mempertahankan negaranya.

View this post on Instagram

❤️Why dont you cut and edit this part? 🤷🏻‍♀️. Shame on people who only want to spread hatred by twisting my words and my intention. ☺️ All i said were good things, that even when I’m a MINORITY, i got to share this amazing diversity that i learn in my country. I have always shared that in ALL my interviews (national and international). I can’t choose my blood or my DNA, but I always STAND for my country, I ALWAYS HAVE, and NOBODY could take that away from me. Learn to watch the whole thing instead of taking things out of context. For people who support me, i love you ☺️ For people who want to misunderstand me, i love you and i forgive you. ☺️❤️ 🥰 believe me, i dont have a single ounce of grudge or anger towards you. For all the clout chasers, I pray for you so you could find peace in ur heart 🥰❤️#TheBibleTellsMeSo My heart is full. No matter what you say, ✊🏼#Indonesia represent. #AGNEZMO Love & Forgive

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak, Vocket

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*