Syed Saddiq Beritahu Kenapa Dia Tidak Akan Masuk Pejuang Dan Akan Tubuh Parti Baru

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan beliau tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq yang sebelum ini menyokong Dr Mahathir itu sebaliknya mengesahkan beliau akan menubuhkan sebuah parti politik baharu berbilang kaum dengan memberi fokus kepada golongan anak muda.

“ Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan Future Forward, di Perancis mereka boleh menubuhkan En Marche di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.

“ Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.

“ Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama,” kata Syed Saddiq kepada Channel NewsAsia ketika berkempen untuk calon Pejuang bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyertai konvoi motosikal bagi berkempen menyokong calon bebas yang disokong Pejuang pada PRK Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

SUMBER: SINAR HARIAN

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*