Syed Saddiq Kongsi Gambar Masak Asam Pedas Tapi ‘Tangan Misteri’ Di Sebelah Jadi Tanda Tanya

YB Syed Saddiq sememangnya terkenal dalam kalangan belia kerana beliau sangat aktif di media sosial terutamanya di Twitter. Baru lah dekat dengan netizen kan.

Dan, baru-baru ini Ahli Parlimen Muar ini telah kongsikan gambar beliau sedang memasak Asam Pedas untuk diberikan kepada sukarelawan yang berkhidmat di Pusat Khidmat Parlimen Muar menerusi Facebook.

Masak asam pedas bagi sukarelawan

Rata-rata netizen mempersoalkan tentang kewujudan tangan misteri tersebut memandangkan tidak kelihatan ada orang di sebelah bekas Menteri Belia dan Sukan.

Rupanya tangan yang memakai sarung tangan putih tersebut merupakan tangan milik seorang lelaki yang membantunya menyiapkan juadah tersebut.

Antara Komen Netizen,

ingatkan mat sabu ja pandai masak kari kepala ikan..syed saddiq pun pandai masak asam pedas..ni la hikmahnya PH ganti PN +PKP..semua bakat terendam keluo – Dilla Fadila

Stuju tu YB set up gerai utk pelancong dari luar atau dalam utk.menikmati makanan..juadah juadah lain yng terkenal di Muar, Johor. Nanti kalau saya pergi ke Muar ..nak jumpa YB lah – Annie Alia

Bru smlm buat asam pedas pari ltk lada htam mmg trrangkat kna lak ikan masin bulu aym dgn gelama belah ulam dgn tlor dadar dan timun jepun..perghhh meleleh – Abd Rahim Ajj

Think positif… Setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan… Tiada yg perfect n xberdosa… Bagus YB… pandai dan rajin masak…semoga YB dipermudahkan urusan dunia akhirat.. Ameenn.. – MyJoena Rania Izzati

Mungkin ilusi je waktu gambar tu diambil. So, takde pun tangan misteri yang dikatakan sebenarnya.

Sekarang admin tiba-tiba teringin nak makan asam pedas pulak.

Hiburan Media Terkini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*