Syukur, PKP & PKPB Akhirnya Berakhir, Terima Kasih Fr0ntliner Kerana Jasa Anda Menjaga Kami Semua

Boleh dikatakan ramai yang sedang tersenyum girang, dengan Perutusan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Perintah Pergerakkan Bersyarat yang bermula sejak 4 Mei 2020 yang lalu.

Antara intipati ucapan Perutusan Perdana Menteri Malaysia, beliau mengumumkan bahawa PKPB yang berakhir pada 9 Jun 2020 akan diganti kepada Perintah Kwalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Terima kasih frontliner

Justeru, selama PKP dan PKPB dilaksanaka sepanjang lebih kurang tiga bulan ini, terima kasih perlu diucapkan buat para anggota pihak berkuasa yang bertugas mengawal segala aktiviti merentas negeri.

Komitmen mereka terhadap menjaga dan mengawal pergerakan rakyat perlu dipuji, jika tanpa mereka negara kita mungkin tidak mampu membendung gejala penularan Covid-19.

Sanggup berkorban demi negara

Mereka sanggup merisikokan diri sendiri, berkorban masa dan tenaga untuk menabur bakti kepada negara. Meskipun, perlu berhujan dan berpanas mereka tetap menjalankan tugas.

Diharapkan dengan kelonggaran yang telah diberikan, tidak membuatkan kita cuai dan leka dalam membendung Covid-19. Ikutlah SOP yang telah ditetapkan, dan bersama-sama membudayakan normal baharu dalam kehidupan seharian kita.

Facebook, Borak Daily, MHI ALLNWS

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*