Penyokong Garuda Mngamuk Baling Botol, Tindakan Pemain Indonesia `Tahan Badan` Dapat Pujian Menggunung Dari Rakyat Malaysia

Kelmarin merupakan pertembungan antara pasukan bolasepak Malaysia bawah 18 tahun menentang pasukan Indonesia bagi perlawanan separuh akhir Kejohanan Sekolah-sekolah Asia 2018.

Lebih manis lagi, pasukan Malaysia telah menyingkirkan Indonesia selepas mencoretkam kemenangan dengan mengikat kedudukan satu 1-1 di hadapan ribuan penyokong tuan rumah yang memenuhi stadium.

Contoh baik dari Indonesia

Namun begitu, seperti tidak surut lagi kemarahan penyokong Indonesia apabila telah ditewaskan oleh pasukan ā€˜abangā€™ Malaysia pada saingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 awal minggu ini apabila turut menyerang pasukan negara B-18 semalam.

Walau bagaimanapun, atas semangat bersukan yang positif, seorang pemain Indonesia telah menghalang balingan botol penyokong yang disasarkan kepada pemain negara ketika diatas padang.

Halang pemain lawan dari dibaling botol

Insiden tersebut telah berjaya dirakam dan dimuat naik ke Twitter milik pengguna Indonesia serta mendapat pelbagai komen positif daripada rakyat Malaysia.

Pemain yang menyarung jersi nombor 7 dikenali sebagai Christian Rumbiak itu dilihat mengangkat menghalang pemain Malaysia yang ketika itu terbaring kerana jatuh dalam permainan dari dibaling dengan botol.

Salam sayang dari Malaysia

Sehubungan dengan perkara tersebut, rata-rata netizen Malaysia terutamanya telah membanjiri Twitter sumber dengan menurunkan komen positif memuji tindakan yang dilakukan oleh pemain Indonesia.

Para peminat bolasepak Indonesia turut sama tidak ketinggalan memuji pemain mereka yang dikatakan menunjukkan sikap terpuji walaupun diasak kemarahan penyokong.

Respect player no. 7

Player tiada masalah, fansnya yang bermasalah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Bola Nusantara

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*