Tahniah Bung Moktar Radin Berjaya Naik Pangkat

Patah terus tumbuh, hilang langsung berganti.

Hanya beberapa jam selepas sebahagian besar pemimpin Umno Sabah mengumumkan langkah mereka meninggalkan parti itu, kepemimpinan pusat terus mengambil langkah segera.

Menurut Setiausaha Agung Umno Annuar Musa, Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin kini dilantik menjadi pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah.

Pelantikan Bung Moktar dibuat bagi mengisi tempat yang ditinggalkan Hajiji Noor yang mengumumkan keputusannya meninggalkan Umno hari ini.

Untuk rekod buat masa ini Bung adalah seorang daripada dua anggota parlimen Sabah yang masih bersama Umno. Seorang lagi ialah bekas ketua menteri Musa Aman yang sedang berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.

Anak Musa, Yamani Hafez Musa, ialah anggota parlimen Sipitang tetapi kedudukannya sebagai wakil rakyat masih tidak muktamad kerana belum mengangkat sumpah.

Kata Annuar Yakub Khan pula dilantik menjadi timbalan Bung Moktar manakala Timbalan Ketua Umno Kinabatangan, Jeffry Ariffin menjadi setiausaha Umno Sabah.

Sementara itu Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno Sabah tidak akan terbubar walaupun beberapa pemimpin mereka meninggalkan parti berkenaan.

“Tindakan segera akan dilakukan bagi menyusun dan merombak Badan Perhubungan Umno Sabah.

“Umno juga bersedia dengan pelan penggantian di peringkat bahagian seperti terkandung dalam Fasal 15.7 dan Fasal 15.8 Perlembagaan Umno,” katanya pada sidang media di PWTC Kuala Lumpur.

Sumber Artikel: Malaysia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*