Sering Bawa Watak CEO Dalam Drama. Tahniah Mustapha Kamal Dapat GeIaran Dato’ Paduka

Sering membawa watak-watak sebagai seorang bangsawan dan juga kenamaan, pelakon senior berwajah ‘kaya’, Mustapha Kamal akhirnya dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa geIaran Datuk Paduka.Penganugerahan tersebut adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam. Hal tersebut diperoleh daripada satu p0sting yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter.

Mustapha kamal merupakan anak kelahiran Kelantan yang berjaya dalam dunia lakonan sejak muda lagi dan kini menceburkan diri dalam bidang perniagaan minyak wangi.

Menerusi p0sting yang dibuat Dato’ Sri Shah Rezza pula, beliau telah memuat naik gambarnya bersama pelakon tersebut dengan pingat yang diterimanya sambil mengucapkan tahniah.

Sebelum ini, Mustapha Kamal kerap mendapat watak sebagai seorang Dato atau pun orang k0perat yang memiliki empayar  perniagaan sendiri.

Mungkin atas berkat doa dan usahanya mengharumkan nama negeri Kelantan, Mustapha Kamal akhirnya dianugerahkan pingat daripada Sultan Kelantan.

Hal tersebut turut dikongsikan menerusi Facebook miliknya.

Menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet telah menurunkan ucapan tahniah kepada pelakon tersebut. Mereka juga sempat mendoakan agar Mustapha Kamal terus sihat dan sejahtera di samping keluarga tercinta.

Walau bagaimanapun, kesahihan pangkat tersebut belum ada sebarang kepastian memandangkan pelakon seri0r tersebut hanya menjelaskan bahawa dia menerima pingat daripada Sultan Kelantan dan tidak memaklumkan berkenaan kesahihan pangkat itu.

Sering bawa watak CEO, Tak Sangka Mustapha Kamal Sebenarnya pegang jwatan Chairman syarikat.

Jika menonton drama-drama Melayu di kaca televisyen, mesti kita biasa melihat watak pelakon senior Mustapha Kamal sering membawa watak sebagai ayah yang berpangkat datuk atau CEO di syarikat ternama.

Namun sebenarnya, pangkat tersebut bukan hanya wujud di kaca TV, hakikatnya Mustapha Kamal yang sering digelar sebagai ‘Papa’ mempunyai perniagaannya sendiri.

‘Papa’ betul2 CEO sebenarnya…

Difahamkan, pelakon tersebut menjalankan perniagaan pengilangan dan penghasilan minyak wangi di bawah syarikat DMIQA TRADE SDN BHD.

Merupakan Chairman syarikat tersebut, Mustapha Kamal sudah mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan minyak wangi sejak tahun lalu.

Walaupun setelah mendapat tahu mengenai penglibatan Mustapha Kamal dalam bidang perniagaan, rata-rata netizen masih tidak boleh ‘move on’ dengan watak CEO yang dibawa pelakon itu.

Ramai betul yang hafal dialog Papa yer

Jika dibaca satu persatu komen yang ada pada gambar pelakon tersebut, ramai yang mengulang semula beberapa dialog yang sering diucapkan dalam lakonannya.

Mana tahu satu hari nanti tidak mustahil Mustapha Kamal bakal mendapat gelaran datuk pula, atas usaha perniagaan yang dijalankan itu. Terbaik Papa!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : DMIQA TRADE SDN BHD via coretan media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*