Tahukah Anda Setiap Kali Lepas Solat Jumaat Di Masjid India KL, Lelaki Ini Akan Beri Sedekah RM5 Setiap Orang

Kisah Muzaffar Jakel yang mempersenda orang Melayu yang dikatakan tidak memahami SOP penjarakan sosial yang dikeluarkan oleh gedung pakaian milik syarikat keluarganya nampaknya masih belum reda.

Walaupun abangnya yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel,  Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah membuat permohonan maaf namun ianya belum cukup untuk mengembalikan sokongan masyarakat kepada perniagaan textil beliau.

Menurut beberapa posting yang dikongsikan oleh wargamaya baru-baru ini, suasana lengang kedai pakaian jakel ternyata amat berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya.

Jika diamati, kebiasaannya jika pada pertengahan ramadhan kedai pakaian jakel pasti tidak menang tangan apabila diserbu oleh mereka yang ingin membuat persiapan raya.

Walaupun menawarkan p0t0ngan harga yang tinggi, nampaknya ia masih gagal menarik orang ramai. Sudah pasti ianya berkaitan dengan kenyataan Muzaffar Jakel yang masih memberi kesan kepada orang melayu.

Kempen b0ik0t Jakel yang diwar-warkan di media s0sial sehingga kini masih dimainkan oleh sesetengah pihak walaupun Datuk Mohamed Faroz Jakel telah merayu agar rakyat Malaysia tidak terus memb0ik0t Jakel.

Menurutnya lagi tindakan tersebut buakan sahaja menjatuhkan perniagaanya, tetapi sedikit sebanyak ia turut akan memberi kesan kepada pekerja-pekerja melayu yang bekerja di syarikatnya.

Datuk Faroz juga memohon agar masyarakat melayu jangan terus menghukumnya kerana melalui sokongan orang melayulah setiap tahun beliau mampu membayar zakat yang bernilai jutaan ringgit di lembaga zakat di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Tambahnya lagi melalui keuntungannya di Jakel lah membolehkan beliau terus memberi bantuan kepada beberapa madrasah dan sekolah tahfiz yang dibantunya secara rahsia.

Tadi beberapa keping gambar Datuk Faroz memberi sedekah di sebuah masjid telah dikongsikan oleh seorang individu di laman sosial. Menerusi gambar tersebut, kelihatan Datuk Faroz menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada golongan yang tidak bernasib baik.

Dikatakan ia adalah rutin yang sentiasa diamalkan oleh Datuk Faroz setiap kali habis menunaikan sembahyang jumaat sejak dahulu lagi. Pelbagai komen di berikan oleh wargamaya yang mana ramai sebenarnya mengetahui tentang kemurahan hati Pengarah Urusan Kumpulan Jakel ini.

“Datuk Fairuz (panggilan kami walaupun nama dia Faroz) ni mmg humble…dh jd peniaga besar dan bergelar mcm ni pun, jika jumpa, dia masih layan kita sama spt dulu…sy kenal beliau sejak th 80an lg ketika itu sy bertugas di Segamat..masa tu dia masih bersekolah tp sudah bijak berniaga bersama adik beradiknya membantu org tua mereka…sampai skg jika saya pergi ke pusat perniagaan mereka sama ada di KL atau i city atau di Segamat,,jika beliau ada atau adik beradik beliau yg biasa kami kenali,,kami akan dpt potongan harga istimewa…dh murah pun bg diskaun lg! Kita pulak yg rasa malu…beliau adik beradik mmg terkenal low profile..semoga perniagaan mereka diberkati Allah serta terus berkembang maju.. Aamiin”, kata pemilik akaun fb Wan.

“beliau adalah tokey Jakel, setiap kali kalau buat open house besar-besaran dan jemput orang ramai. beliau jamu semua yang datang dengan berbagai jenis makanan dan beliau akan bagi duit raya dekat kanak-kanak RM50 seorang”, kata Syasha Edora pula.

“Kebaikan dan bgus nya sikap ahli keluarga jakel bukan pd ini shj, malah die turut mengamalkan bacaan yassin 1x stiap mggu dan pd hari ahd pula pihak jakel mengadakan tazkirah yg dismpaikan oleh ustaz yg dijemput…alhamdulillah dan cara serta sikap ini patut kita contohi..semoga allah membalas jasamu wahai hamba allah….alhamdulillah… (jakel JB)”, tulis Syarifah Farhaniza.

“Saya berpengalaman berurusniaga memborong kain di Jakel..Dah hampir 8 tahun..Alhamdulillah kain2 jualan saya sangat laris..saya ada borong kain dr pemborong lain..tp tak selaju kain2 Jakel..walaupun kain tersebut harganya beratus2..tp pelanggan tetap berminat..kain2 yang x abis boleh ditukar.. dan saya dapat kain baru setiap kali ke kedai..modal saya sentiasa berkembang..Alhamdulillah..mungkin berkat zakat yang dikeluarkan..pertanyaan saya terjawab..rupanya banyak kebaikan yang dibuat oleh pemilik Jakel ini…seorang yang kaya dan berjaya tetapi mempunyai kebaikan tersendiri”, tambah wan sharizah.

“Maafkn lah jakel…semua org ada wat silap…bangsa lain senyum je tgok bangsa kita pecah belah”, kata Ahmad Kamil.

Siakap Keli, KITA STEADY

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*