Safawi Pernah Beritahu Ibu Ingin Berkahwin Tapi Ini Jawapan Dari Ibunya Yang Buat Ramai Sayu

“ SEBOLEH-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.

“ Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu,” kata Salemeh Abu Bakar, 56.

Itu kata ibu kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengulas mengenai dakwaan anaknya bergelut masalah prestasi kerana dikatakan berdepan tekanan daripada kekasihnya, Syifa Melvin yang mendesaknya untuk berkahwin.

Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Chatak, Dungun berkata, dia mengetahui Safawi mempunyai hubungan dengan Syifa Melvin sejak lapan bulan lalu.

“ Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

“ Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.

“ Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” katanya.

Salemeh berkata, anak baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga.

Katanya, dia juga mahu Safawi lebih matang sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“ Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya.

“ Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.

Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.

“ Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.

“ Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya.

Sementara itu, bapa Safawi, Rasid Sulong, 66, berkata, dia sedar prestasi anaknya sedikit merosot kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya.

Katanya, jika benar, dia berharap Syifa tidak memberi sebarang tekanan kepada anaknya itu.

Pada masa sama, dia meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan menaikkan nama majikan iaitu JDT dan negara.

“ Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.

“ Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.

“ Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*