‘Tak guna punya geng!’ Khalid Samad Sindir Pembangkang Sebab Guna Nama Tun M Untuk Bentuk Kerajaan Pakatan Nasional

SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad yakin Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat menangani khabar angin berlaku pembentukan kerajaan pintu belakang.

Katanya, sekiranya Kerajaan PH mampu mengawal dan menangani wabak koro nav1rus (Covid-19) dengan berkesan, tidak mustahil pula dengan ‘v1rus-v1rus’ lain.

” Kalau koro nav1rus sekalipun kita boleh kawal dan tangani dengan berkesan, saya yakin PH mampu tangani virus-virus yang lain,” katanya menerusi Twitter beliau pagi ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut menyindir Ahli Parlimen Muafakat Nasional yang menggunakan nama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha mereka mahu membentuk Kerajaan Pakatan Nasional,malam tadi.

” Ada yang nak gunakan nama Tun M ke ni? Yang sedang didakwa, yang takut jatuh, yang sudah jatuh dan seperti mereka?

” Aduh, kalau Tun Mahathir tak ada di istana dan tak juga di Sheraton, awat (kenapa) dikaitkan dengan nama Tun (Mahathir)?

” Guna bangsa, guna agama dan sekarang ini guna nama Tun Mahathir? Tak guna punya geng,” katanya.

Katanya, tiada sebab Dr Mahathir memilih kerajaan pintu belakang.

Semalam, timbul desas-desus Kerajaan PH akan berakhir apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya akan mengumumkan pembentukan kerajaan baharu tanpa DAP, Amanah dan sebahagian besar Ahli Parlimen PKR.

Bagaimanapun, sehingga jam 12 tengah malam tadi, tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh Dr Mahathir, malah majlis yang diadakan di Hotel Sheraton, hanya majlis makan malam melibatkan Ahli Parlimen dari blok pembangkang sahaja.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit:Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*