Tuan Rumah Kata Tak Jemput Pun, Tetapi Rumah Penuh Dengan Tetamu. PoIis Serbu Rumah Pada Hari Raya Kedua, Dan Ini Alasan Mereka

Sebuah keluarga dikejutkan dengan kehadiran anggota poIis yang datang membuat pemeriksaan di rumah mereka di Kampung Kenanga di sini hari ini.

Pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 50, berkata, kesemua 18 tetamu yang datang ke rumahnya adalah rakan anaknya dan sanak saudaranya.

Menurutnya, beliau tidak menjemput saudara-mara bertandang ke rumah kerana akur dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

“Anak-anak mempelawa rakan mereka beraya kerana tidak sempat untuk mengunjungi kesemua rumah semalam.

“Saya tidak jemput mereka datang tetapi bila dah sampai sini, saya tidak tergamak hendak halau mereka.

“Lagipun tetamu yang datang, kebanyakannya rakan-rakan anak saya,” katanya ketika ditemui media ketika Operasi PKPB oleh poIis Selangor hari ini.

Sementara itu, tetamunya, Zainudin Ibrahim, 58, berkata, beliau tidak menyangka pihak poIis mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan pada hari kedua Aidilfitri.

Zainudin yang bekerja sebagai pemandu teksi berkata, beliau hadir bersama isteri dan lima anaknya dengan menaiki beberapa kereta dan motosikal.

“Saya datang sebab dijemput tapi jika tiada jemputan sekalipun kami akan datang ziarah sebab sudah jadi amalan setiap kali hari raya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat menasihati penduduk supaya akur dengan arahan kerajaan dan tidak melakukan 15 aktiviti yang dilarang sepanjang PKPB berkuat kuasa sehingga 9 Jun depan.

Menurutnya, antara aktiviti tersebut ialah mengadakan atau menghadiri majlis sosiial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka dan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

“Perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri juga tidak dibenarkan.

“Saya terima laporan semalam sahaja, di negeri ini pihak poIis mengeluarkan 19 k0mpaun iaitu 18 daripadanya bagi kesalahan merentas negeri dan satu k0mpaun bagi lain-lain kesalahan,” katanya.

Katanya, tindakan itu menunjukkan masih ada penduduk yang berdegil dan memandang ringan dengan isu tersebut.

Sumber : Sinar Harian, awattt syeikhh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*