
KUALA LUMPUR, 16 Mac — Kerajaan China hari ini menyatakan komitmen membantu Malaysia dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 dengan membekalkan peralatan perubatan seperti penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian pada sesi kunjungan ke Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.
“Dalam pertemuan tadi, kami sering menekankan, hubungan Malaysia-China perlu diperkukuh demi manfaat dalam pelbagai sektor. Namun buat masa ini, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha menangani penularan Covid-19.
“Menerusi hubungan akrab kedua-dua negara dan berdasarkan pengalaman China yang lebih dahulu hadapi cabaran Covid-19, Bai Tian menyatakan komitmen China untuk membantu Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.
Justeru, Ahli Parlimen Sembrong itu akan berhubung secara rasmi dengan rakan sejawatnya di China, Wang Yi bagi mendapatkan bantuan agar rakyat Malaysia yang berada di negara tembok besar itu mendapat perlindungan sebaiknya daripada penularan COVID-19.
“Sebenarnya, ini juga peluang untuk Malaysia dan China mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama. Seperti Bai Tian sebut dalam pertemuan tadi, ‘Bukit sama didaki, lurah sama dituruni’,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Sumber: BERNAMA via semua berita
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply