Tak Sangka Donald Trump Telefon Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Apa Yang Mereka Bincangkan Selama 30 Minit

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sepakat memastikan kelancaran bekalan peralatan kritikal terutama dalam berdepan krisis kesihatan global.

Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden AS, Donald Trump dalam perbualan telefon malam ini.

Muhyiddin berkata, beliau dan Trump turut menekankan kepentingan kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global.

“Dalam perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, saya dan Trump berbincang mengenai pandemik COVID-19 serta pendekatan yang diambil kedua-dua negara.

‚ÄúUsaha terbabit termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin COVI19 kelak,‚ÄĚ katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya.

Katanya, beliau dan Trump juga bertukar pandangan mengenai isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.

‚ÄúSelain mengucapkan tahniah kepada saya dan kerajaan yang baharu, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif di antara Malaysia dan AS,‚ÄĚ katanya.

KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI MUHYIDDIN YASSIN

Malam ini saya telah menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat.

Selain mengucapkan tahniah kepada saya dan Kerajaan yang baharu, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pada perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, saya dan Presiden Trump berbincang mengenai pandemik Cov19, serta pendekatan-pendekatan yang telah diambil kedua-dua negara. Kami turut menekankan peri pentingnya kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik tersebut ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global. Usaha-usaha tersebut termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin Covid-19 kelak.

Pada masa yang sama, kedua-dua negara juga menzahirkan kesepakatan bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan peralatan kritikal dan bekalan lain,terutamanya semasa krisis kesihatan global.

Selain itu, kami turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.

https://cin-ca.blogspot.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*