Dua Hari Tiada Kes C0VlD 19, Petugas Kesihatan Di China Begitu Gembira. Tak Sangka Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Wuhan, 18 Mac –  Selama dua hari berturut-turut, suruhanjaya kesihatan Hubei mengesahkan tiada kes suspek jangkitan baru COVID-19 dicatatkan di wilayah itu. Menurut Xinhua, wilayah yang menjadi pusat permulaan penularan wabak itu juga bebas kes disyaki pada hari ini.

Berdasarkan laporan itu, tiada kes baru COVID-19 dicatatkan di 16 bandar selain Wuhan dalam tempoh 13 hari berturut-turut. Penurunan kes itu dipercayai bertitik tolak daripada kejayaan langkah agresif kuarantin di negara berkenaan, kata penolong pengarah Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO), Bruce Aylward.

Namun tambahnya, kejayaan itu turut bergantung kepada pelaksanaan ujian saringan COVID-19 yang ekstensif di negara berkenaan. Sementara itu, laman Viral Muafakat Johor, turut berkongsi detik gembira didkwa kakitangan barisan hadapan di Hubei berikutan pencapaian tersebut.

China Laporkan Tiada Kes Covid-19 Domestik Buat Pertama Kali

Tanah Besar China telah melaporkan sifar jangkitan Covid-19 dalam negeri buat pertama kali sejak wabak itu bermula. Suruhanjaya Kesihatan Nasional berkata ia juga merupakan kali pertama di wilayah Hubei di mana jangkitan pertama kali muncul dan tidak merekodkan sebarang kes baru sama ada di dalam negeri atau dari luar negara. Di seluruh negara, terdapat 34 jangkitan baru semuanya dari luar negara.

Jumlah pemergian orang baru turun kepada angka tunggal dengan hanya lapan dilaporkan menjadikan jumlah pemergian orang kepada 3,245. Suruhanjaya itu berkata 23 kes baru yang disyaki telah dilaporkan dengan jumlah jangkitan kini berada di 80,928. Sejumlah 70, 420 pesakit telah pulih.

Suruhanjaya itu telah mengeluarkan angka jangkitan harian di Hubei sejak 10 Januari dan data negara sejak 20 Januari. Di tempat lain, jangkitan pandemik ini terus meningkat. Itali melaporkan 3,526 kes baru semalaman, Jerman 4,070 dan Sepanyol 4,719. AS juga melaporkan 1,875 kes baru.

Cara China tangani Covid 19

Ketika kuarantin hanya seorang wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk mendapat barang keperluan penting setiap 2 ke 3 hari. Keperluan penting bermaksud hanyalah kedai barangan keperluan, supermarket, farmasi, klinik yang penting sahaja dibuka. Tidak boleh melepak, berjalan tanpa tujuan. Jika berlaku, pihak polis akan menasihatkan mereka balik ke rumah.

Semua orang perlu menyemak suhu sebelum memasuki mana mana bangunan. Kurantin ini berlaku selama 40 hari di sana. Termasuklah tiada sekolah dan ke tempat kerja. Jika keluar ini yang mereka lakukan.

1. Memakai topeng muka.

2. Membawa hand sanitizer bersama mereka. 3. Keluar rumah, jika pegang butang lif mereka akan sanitize tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan pegang barangan lain.

4. Tidak memegang muka terutama hidung, mata dan mulut. Jika perlu mereka akan sanitise dahulu dan menggunakan baju bahagian dalam untuk lap. 5. Selepas membeli barang, masukkan barang di dalam kereta dan sanitise tangan.

6. Balik rumah, basuh tangan dengan sabun, tanggalkan mask dan gantung di kawasan berudara untuk dipakai semula. 7. Tukar baju, basuh baju dengan air suhu 60 celcius dan terus mandi. 8. Sanitise barangan dibeli termasuk plastik dan bag pakai semula. 9. Sanitise kunci kereta, pemegang pintu, dan handphone.

Mereka di China semua menggunakan e wallet. Jika gunakan duit mereka akan sanitise juga. Mungkin sedikit sebanyak info di atas dapat memberi panduan kepada kita. Saya tulis post ini supaya ibu ayah saya juga faham. Kerana mereka yang paling berisiko tinggi adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Sumber: South China Morning Post, Xinhua NetNews ScientistViral Muafakat Johor

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*