Tak Sedar Dengan Kehadiran Najib Razak Dalam Dewan, Hakim Arahkan Najib Keluar Dari Dewan Mhkamah

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengarahkan Najib Razak meninggalkan mhkamah ketika mengikuti perbicaraan kes rasu4h yang dihadapi isterinya, R0smah Mans0r, berhubung projek tenaga solar 369 sekolah luar bandar di Sarawak, semalam.

Sejurus Najib duduk, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, memaklumkan kepada mahkamah mengenai kehadiran bekas perdana menteri itu dan menimbulkan bantahannya terhadap kehadiran Najib di galeri awam.

“ Dalam kes ini, kenyataan Najib direkodkan, beliau adalah saks1 yang berpotensi,” kata Akram memberitahu mahkamah.

Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader kemudian tampil mencelah dan berkata Najib juga hadir di mahkamah semasa perbicaraan hari pertama Rosmah kelmarin.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan kemudian memaklumkan beliau tidak menyedarinya kelmarin dan kemudian memerintahkan Najib keluar.

Susulan itu, beliau meminta Najib keluar daripada dewan mahkamah.

“ Saya minta maaf tetapi saya perlu meminta kamu (Najib) untuk mengundurkan diri anda (dari mahkamah),” kata Zaini.

Najib kemudian dengan tenang menjawab “okay” dan terus bangun dan meninggalkan mhkamah.

Rosmah, 68, berdepan pertu.duhan meminta RM187.5 juta dan dua pertu.duhan menerima rasu4h sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di tiga tempat iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall di Jalan Putra, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana Residence, Persiaran Seri Perdana, Precinct 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.

Isteri bekas perdana menteri itu walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertu.duhan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Malaysia KINI

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*