Tak Tertahan Air Mata Kakitangan TPM dan KPWKM Kerana Pesanan Sayu Dari Dr Wan Azizah Wan Ismail

Suasana pilu menyelubungi kakitangan warga kerja Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini, apabila Dr Wan Azizah Wan Ismail datang menziarah mereka untuk mengucapkan selamat tinggal.

Ini susulan pembatalan lantikan jawatannya semalam oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seiring dengan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Ketua Setiausaha NegaraMohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam mengumumkan Al Sultan Abdullah, atas nasihat perdana menteri, berkenan membatalkan pelantikan timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik.

Bekas timbalan perdana menteri dan menteri itu kemudian memuat naik video di laman Facebooknya memaklumkan beliau menyantuni mereka sebelum mengundurkan diri.

“ Khidmat dan jasa bakti mereka sepanjang saya menggalas amanah sangat saya hargai,” kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu.

Beliau juga dilihat menitiskan air mata ketika memeluk dan menenangkan kakitangan yang bersedih dengan perpisahan itu.

Dr Wan Azizah berada di Pejabat TPM dari 10.30 pagi hingga 11.20 pagi sebelum beredar ke KPWKM di Presint 4, dan berada di situ antara 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Menurut seorang pegawai, Dr Wan Azizah turut berpesan kepada kakitangan Pejabat TPM dan KPWKM supaya meneruskan khidmat bakti kepada rakyat serta bekerja dengan jujur dan ikhlas

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber :malaysiakini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*