TampaI PeIekat Bahasa Cina, Pemuda D4P Akhirnya Bersuara. Tapi AIasan Dia Bagi Buat Ramai Geram

Terkini, Ahli Pemuda D A P yang terlibat menampal pelekat tulisan Cina ke tiga papan tanda jalan di Kuching akan bertanggungjawab atas kesalahan mereka, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii.

Bagaimanapun, Yii berkata gesaan Majlis Bandaraya Kuching Utara (DBKU) supaya mereka disiasat berdasarkan peruntukan yang membenarkan hukvman pnjara antara satu hingga lima tahun adalah melampau.

” Kami telah berbincang dengan mereka yang terlibat dan mereka akan bertanggungjawab atas tindakan mereka termasuk membayar semua dnda yang diperlukan.

” Bahkan kami menggalakkan mereka menawarkan diri untuk aktiviti khidmat masyarakat demi kebaikan bandar raya kami.

” Tetapi untuk meminta mereka ini disiasat dan didkwa atas tudhan salah laku di bawah Sksyen 427 (Kanun Kesksaan) yang membawa hukman pnjara satu tahun hingga lima tahun, termasuk dnda, pada pandangan saya mungkin meIampau,” kata pembantu setiausaha D.A.P Sarawak dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, DBKU menuntut Pemuda D A P Sarawak membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menampal pelekat itu di papan tanda jalan dan meminta supaya ia segera dibuang.

Menurut Bernama, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Abdul Rahman Junaidi memberitahu sidang media hari ini bahawa DBKU telah membuat laporan poIis mengenai isu tersebut hari ini.

” Tidak kira apa pun motif, sama ada tersurat ataupun tersirat, DBKU berharap mana-mana pihak tidak mengulangi tindakan yang jelas berbentuk pr0v0katif dan menjejaskan keharmonian kaum di bandar raya Kuching.

” DBKU juga berharap pihak terbabit akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini,” kata Abdul Rahman.

Dalam satu kenyataan yang berasingan, DBKU mengatakan bahawa laporan p0Iis tersebut dilakukan untuk menggesa supaya siasatan dibuat di bawah Sksyen 427 Kanun Kesksaan.

Dikatakan bahawa merosakkan papan tanda jalan juga merupakan pelnggaran undang-undang kecil bandar raya yang berkaitan dengan kebersihan.

Semalam, sekumpulan anggota Pemuda D A P Sarawak yang diketuai oleh bekas ahli parlimen Stampin, Julian Tan itu turut dituIarkan di media sosial dan telah mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Ia melibatkan papan tanda Jalan Main Bazaar, Lebuh Wayang dan Jalan Green Hill.

Niat mahu memulihkan papan tanda dwibahasa yang ada sebelumnya

Tindakan tersebut mengundang kritikan dengan menyifatkan bahawa langkah tersebut tidak snsitif dalam masyarakat majmuk.

Bagaimanapun Tan dilaporkan berkata bahawa tindakan itu dilakukan dengan niat baik untuk memulihkan papan tanda dwibahasa yang ada sebelumnya.

” Main Bazaar adalah tempat bersejarah dan ikonik, dan tempat pelancongan. Tanda jalan dwi bahasa sebelum ini ada dan kemudian ia hilang.

” Apa yang dilakukan oleh Pemuda Sarawak adalah membaiki papan tanda jalan itu. Isu papan tanda jalan sudah ada dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) tahu mengenainya.

” Presiden SUPP Dr Sim (Kui Hian), yang merupakan menteri Cina dalam kabinet negeri, tahu tentang masalah itu dan mereka tidak melakukan apa-apa,” katanya dipetik laporan Borneo Post.

Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Dr Sim Kui Hian.

Sementara itu, Ketua Pemuda D A P, Howard Lee menggesa rakan sejawatnya dalam PKR dan Amanah untuk berunding dengan pucuk pimpinan masing-masing di Sarawak terlebih dahulu sebelum kritikan berbaur ser4ngan ditujukan kepada pemuda D A P.

” Berkaitan isu papan tanda di bandaraya Kuching Sarawak yang kebelakangan ini menjadi topik hangat, kami merayu supaya kita menghormati perbezaan sosio-budaya di antara Wilayah Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

” Kita tidak semestinya membaca segala isu melalui kanta dan fahaman semenanjung, khususnya berkaitan isu-isu melibatkan budaya setempat.

” Perlu dimaklumkan bahawa papan tanda jalan yang juga memaparkan bahasa Cina telah lama menjadi ciri istimewa di bandar raya Kuching, yang baru-baru ini diubah,” katanya.

Tambahnya, kepimpinan Pemuda D A P menghormati autonomi Sarawak, begitu juga dengan D A P Sarawak dan pimpinan pemuda negeri itu.

Terdahulu, pemimpin Pemuda Amanah dan PKR telah meminta supaya Pemuda D A P Sarawak untuk memohon maaf atas tindakan mereka.

SUMBER: ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*