Ikea Damansara Diserbu Pengunjung Pada Hari Raya Ketiga Musim PKPB. Lihat Gambar Untuk Tengok Ramai Ke Tidak Sebenarnya

Buat hari kedua berturut-turut selepas hampir sebulan, kes baru jngkitan Cov19 di negara ini terus mencatatkan tiga angka.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbarnya di Putrajaya, hari ini, berkata sebanyak 187 lagi kes Cov19 baru dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jngkitan adalah sebanyak 7,604.

Setakat tengah hari tadi, 62 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jngkitan wbak itu ialah 6,041 orang atau 79.4 peratus.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Cov19 sekarang adalah 1,448 kes.

Semalam tular di media sosial dimana sebuah gedung pasaraya terkemuka di Malaysia, AEON terpaksa ditutup.

PUSAT beli-belah Aeon Mall Tebrau City, di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru akan meningkatkan tahap Standard Prosedur Operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas beroperasi semula pada 2 Jun nanti.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook, Aeon Mall Tebrau City menyatakan pihaknya diminta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ditutup sementara waktu bermula semalam hingga 1 Jun ini.

Ini berikutan jumlah pengunjung yang hadir ketika musim perayaan terlalu ramai.

Tular Gambar IKEA DAMANSARA Penuh Dengan Pengunjung

Hari ini pula tular di media sosial gambar gambar suasana di Ikea Damansara. Keadaan disitu terlalu sesak sehingga orang beratur sehingga ke luar untuk memasuki IKEA.

Kesesakkan dapat dilihat di semua pintu masuk IKEA samada di pintu masuk belah atas atau pintu masuk melalui basement parking kereta.

IKEA adalah satu gedung menjual perabot dan barang barang keperluan hiasan rumah yang diimport. Selain pada itu Kafe IKEA juga selalu dijadikan tumpuan pengunjung.

Gambar yang dikongsi oleh OhMyMedia mendapat 2600 tanda like dan 272 perkongsian sejak dimuat naik 2 jam yang lalu.

Kita tidak mahu situasi yang melanda AEON Tebrau terjadi pada IKEA Damansara juga. Pihak pengurusan harus mengambil langkah langkah berjaga jaga.

Memang jelas nyata jumlah pengunjung meningkat pada Hari Raya tahun ini kerana kebanyakkan tidak dapat pulang ke kampung dan harus sambut hari raya di bandar/rumah.

PATUHI SEGALA SOP DARI PIHAK KERAJAAN

Sekiranya pihak IKEA mematuhi SOP yang telah ditetapkan tiada masalah. Diharap pihak IKEA Damansara akan selalu memantau para pengunjung di dalam dan diluar premis.

Netizen komen sekiranya mengikut SOP yang betul tiada masalah sebenarnya.

Admin pun dah lama tak pergi IKEA Damansara. Makan meatball dengan chicken wings dia. Tapi kalau panjang macam ni beratur, takpelah .. Admin tak sanggup… ahahaha

Kredit: AwatttSyeikhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*