15 Oktober Sudah Boleh Mula Buat Semakan, Dan Berikut Adalah Tarikh Bayaran BPN 2.0

Tarikh dan cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0

Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 adalah bantuan tambahan kepada Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini, yang merupakan bantuan kerajaan kepada rakyat dari golongan b40 dan m40 bagi meringankan beban mereka akibat kesan wabak COVlD-19. BPN 2.0 adalah sebahagian daripada pakej bantuan #KitaPrihatin yang melibatkan peruntukan RM7 billion

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pada Fasa 1 (Oktober 2020) dan Fasa 2 (Januari 2021).

Penerima BPN sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baharu untuk mendapatkan BPN 2.0 kerana bantuan ini dibuat berdasarkan pangkalan data BPN 2020 yang sedia ada. Bagi mereka yang layak tetapi masih belum pernah menerima BPN, kerajaan akan membuka peluang untuk rayuan dan permohonan baru.

Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020.

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Jadual di bawah menyatakan tarikh dan cara agihan bantuan Fasa Pertama dan Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0.

Permohonan Baharu/Rayuan BPN 2.0

Pemohonan baharu/rayuan BPN 2.0 adalah hanya untuk mereka yang memenuhi syarat kelayakan dan bukan penerima BPN 2020 sebelum ini

Pemohonan baharu atau rayuan boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020 secara online di laman sesawang BPN (https://bpn.hasil.gov.my/) atau dengan menghantar borang secara manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.

Maklumat Lanjut BPN 2.0

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

⦿ LHDNM

1. Telefon Hasil Care Line: 03-89111000 dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat)

2. Hasil Live Chat: 1-800882747, 03-89111000 dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat)

3. Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

4. https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BPN_BM.pdf

Semoga maklumat pembayaran BPN 2.0 ini bermanfaat buat para pembaca.

Sumber: Malaysia Tercinta via Cheras Daily

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*