Tarikh Sekolah Dibuka Akhirnya Diberitahu. Ini Kenyataan Dari Menteri Pendidikan

Semalam berakhirnya PKPB dan hari ini bermula PKPP dimana banyak kelonggaran diberikan. Berbulan lamanya sekolah juga tidak dibuka dan boleh dikatakan ini cuti sekolah yang paling panjang untuk semua murid sekolah.

Hari ini pihak Kementerian Pelajaran telah buat pengumuman tentang tarikh bila Sekolah akan dibuka.

Sesi persekolahan pelajar Tingkatan 5 dan 6 bermula 24 Jun

SESI persekolahan untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan awam akan bermula 24 Jun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pelajar yang bakal memasuki kelas itu ialah mereka yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Jumlah pelajar yang dijangka akan masuk sekolah pada 24hb June ini adalah dalam lingkungan 540 ribu pelajar.

10 sekolah rendah Orang Asli sedia dibuka

GUA MUSANG: Sebanyak 39 sekolah rendah termasuk 10 daripadanya di penempatan Orang Asli sedia dibuka sebaik sahaja menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berbuat demikian.

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang, Azuri Hamzah, berkata persiapan meliputi pematuhan jarak sosial dan keselamatan murid sudah diperkemaskan.

Katanya, pihaknya sudah meninjau dan memantau semua sekolah daerah terutama dari segi aspek keselamatan berhubung COV19.

Katanya, masalah sekolah tidak cukup kelas bagi pelaksanaan penjarakan murid tidak timbul kerana masih mencukupi kelas berbuat demikian.

“Kita berpuashati dari semua sudut berkaitan keselamatan bagi melindungi dan menjaga kesihatan murid daripada penularan wabak COV19,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, dekat sini, hari ini.

Sekolah itu antara yang terjauh di kampung Orang Asli di daerah ini dan terpaksa melalui jalan balak yang berselut dan berlumpur.

Azuri berkata, selain sekolah rendah, sembilan sekolah menengah daerah ini juga sudah dilawati dan turut berpuashati persiapan dilakukan.

Katanya, pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah kebangsaan sudah berada di sekolah masing-masing bagi membuat persiapan seperti diarahkan.

Beliau berkata, mereka berada di sekolah sejak seminggu lalu kerana melaksanakan tugasan termasuk prosedur operasi standard (SOP) bagi keselamatan murid dan guru.

“Soal jalan perhubungan balak yang rosak teruk itu untuk ke SK Balar tidak menjadi masalah kerana guru sekolah terbabit sudah biasa mengharunginya,” katanya.

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin#METROTV#BHTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Wednesday, June 10, 2020

BHARIAN ONLINE / HMETRO ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*