
Terdahulu, kecoh di platform media sosial TikTok seorang influencer yang bertindak membaling duit kepada seorang founder kerana didakwa wang terbabit merupakan wang palsu.
Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila influencer yang dikenali sebagai Puteri Sari telah menerima tawaran paid review daripada seorang founder iaitu Siti Jamu Mall.
Namun, Puteri Sari telah menyedari wang bayaran sebanyak RM10,000 yang diterima dalam bentuk wang kertas itu berkemungkinan besar adalah palsu.
Baru-baru ini, tular sekali lagi rakaman live TikTok influencer tersebut yang mengakui bahawa semua pergaduhan itu adalah content marketing semata-mata.
Patutnya 3 hari je, tapi pihak sana macam nak panjangkan
Puteri Sari menjelaskan sememangnya semua pergaduhan itu telah dirancang tetapi hanya untuk 3 hari sahaja namun seperti sengaja dipanjangkan oleh pihak Siti Jamu Mall
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti sudah menjangka dari awal bahawa isu ini hanya sekadar marketing dan mengecam kedua-dua pihak yang sengaja menabur fitnah demi wang ringgit.
Dah agak dah sebab tak pegi report polis. ā Netizen.
āDulu orang takut dengan fitnah.. sekarang kerana job & duit sanggup jadikan issue untuk memfitnah.. nauzubillah.. takut makan diri sendiri nanti,ā tulis seorang pengguna TikTok.
Sumber/Kredit: BeautifulNara
PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply