“Bukan Nak Cakap Besar Tapi Puas Tangan Nak Menepisnya” – A. Aida Dedah Kenapa Dia Enggan Menerima Lamaran Lelaki Lain

PENERBIT Datuk A. Aida memberitahu ramai lelaki yang cuba mendekatinya selepas bercerai dengan Ariff Aziz pada Jun lalu.

Namun, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, berkata dia lebih memilih untuk memberikan fokus terhadap kerjaya dan anak-anak berbanding soal jodoh.

“Bukan nak cakap besar tetapi mereka yang nak mengurat saya tu… puas tangan nak menepisnya. Tapi sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini… jadi saya rasa biarlah sekejap.

A. Aida mahu fokus terhadap anak-anak dan kerjayanya buat masa ini.

“Lagipun saya dah serik dengan kehidupan lalu… saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini.

“Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak. Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini,” ujarnya kepada mStar.

Mengenang kembali kata-kata arwah ibunya, A. Aida berkata, dia berasa sebak apabila sering gagal dalam perkahwinan biarpun memiliki harta dan kekayaan.

“Betullah kata arwah mak dulu… tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ.

Lagipun saya dah serik dengan kehidupan lalu… saya pun sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini. DATUK A AIDA-PENERBIT

“Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya hingga kini,” ujarnya.

Bagaimanapun Aida berkata, dia tidak menolak takdir mahupun jodoh yang hadir dalam hidupnya selepas ini jika sudah ditakdirkan ada rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

“Sekarang ini saya nak fokus dengan kerjaya, cari lebih banyak lagi sumber pendapatan sebab anak saya tiga lagi masih belajar.

“Tapi, jodoh, ajal m4ut di tangan Allah. Kalau tiba-tiba Dia hantar jodoh saya nak buat macam mana?” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Berita Steady Media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*