Dmam Seminggu, Terasa Ada Yang Tak Kena. Eina Azman Buat Ujian Saringan Dan Ini Keputusannya

Alahai, kecur tengok air tangan Datin Paduka Eina Azman. Apa sahaja juadah yang disediakan selebriti cantik ini bukan sahaja membuatkan peminat terliur malah perkongsian resipi beliau sangat mudah untuk dihasilkan.

Jadi tidak hairanlah laman Instagram Datin Paduka Eina sering ‘dikunjungi’ peminat setiap hari. Rupa-rupanya ia menjadi medan rujukan masakan buat para suri rumah. Lebih-lebih lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan sekarang.

Tapi melalui status terbaru

Pelakon Datin Eina Azman memaklumkan keadaan kesihatan dirinya yang kurang baik akibat mengalami demam selama seminggu.

Menurut Eina, ekoran keadaannya itu, dia kemudian melakukan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Status terbaru di IG beliau

“Assalamualaikum semua, harap semuanya baik-baik sahaja. Maaf tak dapat kongsikan video masakan kerana saya tidak sihat lebih kurang seminggu (demam).

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya dah buat ujian saringan Covid-19 dan alhamdulillah keputusan negatif,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam entri tersebut, Eina berkongsi foto dirinya yang berada di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Sekarang ini saya dalam proses nak pulih dan akan kembali semula dengan idea masakan untuk kamu semua.

“Doakan Eina cepat baik okay! Saya kamu semua dan terima kasih aras sokongan anda. Jaga diri dan stay safe,” katanya.

Perkongsian Eina itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mendoakan agar dirinya cepat kembali sembuh.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Eina Azman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV19

Gempak

Semoga dipermudahkan dan sembuh cepat ye Datin ..

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*