Terbaru, Muzaffar Tunai Janji Buat Video Penjelasan Mohon Maaf, Tapi Komen Netizen Yang Tarik Perhatian

Kisah Muzaffar Jakel yang mempersenda Bangsa Melayu yang dikatakan tidak memahami SOP penjarakan sosial yang dikeluarkan oleh gedung pakaian milik syarikat keluarganya nampaknya masih belum reda.

Walaupun semalam abangnya yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel,  Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah membuat permohonan maaf namun ianya belum cukup untuk meredakan cakap-cakap di media sosial hari ini.

Terbaru aktivis masyarakat, Saudara Yusof Azmi turut mengeluarkan kenyataan supaya Muzaffar Jakel tampil membuat permohonan maaf atas kapasiti mewakili Syarikat Jakel kerana implikasi yang berlaku atas tindakannya bukan bersifat individu tetapi syarikat.

Assalamualaikum kepada Pihak Jakel..
Semua Pengguna di Malaysia mahu Muzaffar Jakel Tampil buat pengakuan maaf secara Live Video di FB Jakel dengan segera..Bukan membuat permohonan di IG sendiri..Bukan permohonan maaf dari Datuk Fairus..Muzaffar harus tampil buat permohonan sendiri di FB Jakel”, katanya dilaman fb miliknya.

Rata-rata netizen bagaimanapun tidak mempedulikan saranan Yusof Azmi kerana menurut mereka orang melayu kini sangat terkesan dengan penghinaan yang telah dilakukan.

“Maaf lah kanda yusof….bnyk lg muslim beradab yg kita blh support…. Bnyk cerita yg kita dgr dr bekas2 pekerja…. Jika bekas pekerja fitnh.. Ptut buat rep0rt ja.. Tp ni mcm mengiyakan ja dr segi tindak tanduk pihak jakel. Muzaffar bukannya tak sengaja tetapi adab n tatasusilanya memang begitu…Biadp terhadap org kita”, kata Ariff Razman Abd Rahman.

Seruan Yusof Azmi itu dibuat rentetan kenyataan yang dikeluarkan oleh Muzaffar sendiri di laman IGnya yang memaklumkan bahawa satu video penjelasan akan dibuatnya bagi menjernihkan situasi yang berlaku.

Menerusi entri terbaru daripada Muzaffar, beliau memaklumkan bahawa video penjelasan tersebut akan dimuatnaiknya pada jam 5 petang..namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan terbaru dapat dilihat daripada Muzaffar.

Ini adalah penjelasan dan permohonan maaf saya diatas isu yang sedang tular di media sosial.

Ini adalah penjelasan dan permohonan maaf saya diatas isu yang sedang tular di media sosial.

Posted by Muzaffar Jakel on Monday, May 4, 2020

Antara komen berikut

Artikel Dipetik Dari SAMBAL TUMIS

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*