Terbaru, Polis Benarkan Ustaz Ebit Lew Sampaikan Sumbangan Ketika PKP

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed pada sidang media harian Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: PoIis mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah itu untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setakat ini, tiada sebarang kertas siasatan akan dibuka terhadap pendakwah itu.

‚ÄúBagaimanapun, poIis ingin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP,‚ÄĚ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Ebit Lew dipanggil memberi keterangan berikutan reaksi orang ramai berhubung tindakannya memaparkan aktiviti kebajikannya ketika PKP.

Berdasarkan pemerhatian orang ramai memberi respon positif dan ada terdapat juga yang tidak senang dengan aktiviti berkenaan.

Kontr0vrsi yang tercetus mengenai perkara ini memaksa polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan kekal terpelihara.

‚ÄúDalam melaksanakan apa juga aktiviti orang ramai dinasihatkan mengamalkan pnjarakan sosial, penggunaan topeng muka dan mula serta menggunakan pencuci tangan,‚ÄĚ katanya.

Semalam, Ebit Lew dilaporkan berkata, tidak lagi akan memberi bantuan orang tidak berkemampuan secara langsung.

Pendakwah itu berkata, pendirian terbabit diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman semalam, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial.

Pop Hiburan Media Terkini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*